Wednesday, November 19, 2008

JAKMAS AB KU...




Assalamualaikum WBT...

Salam Wasilah ukhwahfillah buat sahabat2 yang disayangi kerana ALLAH semua.
Ana sebenarnya xtahu ape yang hendak di coretkan, cuma sekadar ingin hilangkan keboringan duk kt Jakmas AB ku ni...
Mesti sahabat2 terkejutkan buat ape ana di Jakmas, sedangkan xde kena mengena dengan kawasan larangan ni...
Al-maklumlah, insan hina ni tak layak untuk memegang jawatan kat platform...begitu terase diri ini amat hina berbanding dengan sahabat2 yang lain.
Ana lepak di sini bukan untuk buangkan tenaga dan keringat memerah otak untuk berdiskusi, tetapi cuma menadah telinga, memasang mata, menghadirkan jasad bagi menjauhi sahabat adik beradik lain dari fitnah mulut manis manusia...
Ai!nampaknya jam masing2 xreti2 nak tangguh dulu ni, apa pun demi jakmas tercinta ku rela berkorban.
INSYAALLAH pada malam ni ana mampu untuk menjadi seorang pemantau di pandang mulia oleh ALLAH SWT..
Selain itu juga...dah ler!ana kebingungan tak tahu nak taip ape dah...kaku dalam keadaan bilik jakmas yang berhawa dingin tahap melampau bagi ana tak punya antibodi untuk melawan suhu sejuk ni...dah ler perut lapar ni,huhu...
...SEMOGA KITA SAMA-SAMA DI BERKATI OLEHNYA...
-amin ya rabbal a'lamin-

Tuesday, November 11, 2008

RAHSIA MEMOTONG KUKU

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang
mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan
masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk
kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat


* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk
penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk
kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk
kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari
dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada
Allah Taala.

Monday, November 10, 2008

JANGAN-JANGANLAH WAHAI SAHABAT-SAHABIAH!!!

I. Jangan sengaja melewatkan solat
II. Jangan masuk bilik air tanpa alas kaki
III. Jangan makan dan minum dalam bekas yang sumbing
IV. Jangan biarkan bekas yang dimakan x dibasuh
V. Jangan tidur selepas solat fardhu SUBUH
VI. Jangan makan tanpa BISMILLAH dan doa makan
VII. Jangan kuar rumah tanpa kebajikan
VIII. Jangan pakai kasut ‘kawin’(salah pasangan)
IX. Jangan biar mata liar di perjalanan
X. Jangan bergaul bebas di tempat kerja
XI. Jangan menangguh taubat bila buat dosa
XII. Jangan ego untuk minta maaf
XIII. Jangan mengumpat
XIV. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH (konsep tawakkal)
XV. Jangan BAKHIL untuk bersedekah
XVI. Jangna banyak ketawa nanti mati jiwa
XVII. Jangan biasa berbohong tapi boleh berhelah (pandai2 la…)
XVIII. Jangan aniaya manusia atau haiwan
XIX. Jangan susah hati dengan urusan dunia
XX. Jangan mempertikaikan mengapa islam itu meletakkan jangan!

Sunday, November 9, 2008

ADAKAH ANTUM SEMUA TAHU BERDIET?

Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau sahabat2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? Sahabat2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN
DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik... tapi, kalau tak percaya... sahabat2 cubalah... ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie…Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti. INSYA’ALLAH… Apabila sahabat2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.