Monday, November 8, 2010

.......SoLAtKU......


Bismillahirohmanirohim...

Aku adalah seorang anak kepada sepasang suami isteri yang bergelar ustaz dan ustazah. Diriku diberikan pendidikan agama secara terus menerus. Sejak kecil, aku diajar untuk mengenali Islam. Tadikaku adalah sekolah agama, di peringkat sekolah kebangsaan, aku dimasukkan ke sekolah agama. Sekolah menengah ku juga disisipkan pelajaran tambahan Bahasa Arab dan Kelas Kemahiran Al-Quran. Pokoknya, aku memang bertuah kerana diberikan nafas Islam dalam hidupku.

Aku menginjak awal remaja, seterusnya cukup umur untuk diwajibkan menunaikan solat. Namun, hatiku berasa berat untuk menunaikan solat. Aku hanya mengangguk apabila ibu bapaku bertanya apakah aku sudah menunaikan solat. Aku mengunci diriku di dalam kamar buat beberapa ketika dan keluar hanya untuk memberitahu yang kononnya aku sudah solat. Pernah juga ibu bapaku ragu dengan kenyataanku, namun aku berjaya meyakinkan mereka.

Beberapa program motivasi telah aku sertai, namun semuanya hanya berjaya menanamkan rasa untuk solat dalam diriku untuk masa yang sangat singkat. Selepas itu, aku teruskan tabiat lamaku. Aku lebih rela menipu daripada menunaikan solat. Betapa kuatnya pengaruh syaitan ke atas diriku.

Hari berganti hari. Hatiku sering dilanda resah tanpa sebab. Kadang kala, aku rasa ingin menangis, namun tiada alasan mengapa. Diriku terasa sedih, pilu, gelisah dan kosong. Perasaan itu semakin kuat kesannya apabila aku bersendirian. Namun, tak terlintas dalam hatiku apa sebabnya.

Satu petang maghrib, aku melihat adikku melepak dan bersembang di birai katil. Aku berasa agak pelik kerana sepatutnya sekarang mereka sudah solat, lalu aku mengarah mereka untuk mengambil wudhu' dan pergi untuk menunaikan solat. Dengan langkah longlai, mereka menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk dan seterusnya menunaikan solat.

Mungkin sudah ketentuan Allah, sedang aku melihat adik-adikku khusyuk solat, terdetik di benakku, " Kenapa aku menyuruh adik-adikku bersembahyang sedangkan diriku tidak sembahyang?". Tiba-tiba hatiku luruh. Aku diam tanpa kata. Perasaan sebak memenuhi rongga dadaku. Ya, benar kata benakku. Aku menyuruh adikku menunaikan solat walaupun mereka belum akil baligh, tapi aku yang sepatutnya menyembah Allah yang Maha Esa tidak pula menunaikan kewajipanku. Tanpa ku sedari, air mata luruh di pipi.

Pantas kakiku menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu'. Dengan rasa keinsafan yang terbit dalam sanubari, aku mengangkat takbir untuk pertama kalinya dengan hati yang penuh ketenangan. Setiap rukukku, sujudku terasa begitu bermakna. Bacaan Al-Fatihahku terasa begitu sayu. Betapa sebenarnya rohaniku rindu pada Allah. Betapa jiwaku sebenarnya meronta ingin menghadap Allah. Betapa sebenarnya aku mahu solat.

Tidak lama kemudian, tiba pula bulan Ramadhan. Aku bertekad untuk belajar memenuhi solat 5 waktu sepanjang bulan itu. Aku melawan nafsuku semata-mata untuk menunaikan solat. Hatiku menjadi lebih tenteram. Jiwaku tenang. Tiada lagi keresahan merundung jiwa. Kini aku tahu mengapa hati sering dibelenggu kesedihan. Aku rindukan Allah. Aku terlalu merinduiNya...

Kini, aku merasakan hari-hariku lebih bermakna dengan kehadiran rakan baik baruku, SOLAT. Aku berharap hidupku akan terus dipenuhi solat, tak kisahlah yang wajib atau yang sunat. Amin...

*iluvislam

Tuesday, November 2, 2010

BANTUAN ALLAH


Bismillahirohmanirohim...

Kerap kali hati ini merintih lemah meminta dan mengharapkan daripada Allah swt. Sesungguhnya sangat banyak cabaran yang telah dilalui dan kadangkala ianya seperti memaksa kita untuk meninggalkan jalan ini. Nauzubillah.

Inilah fitrah kita selaku makhluk yang bernama manusia. Tidak pernah lekang dengan sifat cuai kerana kita bukanlah diciptakan sempurna. Mungkin selama ini kita terasa kuat dalam menghadapi mehnah pada jalan ini tetapi akan tiba suatu masa kita akan dikunjungi perasaan lemah dan malas yang akan menusuk hati kita secara perlahan-lahan. Ketika itu hati akan mula memberontak dan akhirnya dengan mudah syaitan laknatullah menjalankan misi mereka untuk menarik kita mengikuti jalan toghut.

Sebagai seorang pejuang dalam agama ini, kita seharusnya bergembira dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah:

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Al-Baqarah:214)

Dalam ayat tersebut Allah menyatakan ujian yang diberikan adalah untuk menjadi bukti bahawa para pejuang kebenaran ini adalah seorang yang benar-benar beriman dan ikhlas berjuang hanya kerana ingin menggapai mardhotillah. Inilah hakikat perjuangan, tiada erti senang lenang di dalam kamus hidupnya, yang ada dalam catatan hariannya cumalah perkara yang perit dan penuh dengan pengajaran untuk dibawa sebagai bekalan menempuh hari-hari mendatang yang menjanjikan seribu kesukaran lagi.

Tetapi, walaupun begitu susah perjuangan ini, mereka tidak semudah itu untuk mengalah. Lihat sahaja kisah Bilal bin Rabah, Mus’ab bin Umair dan Khabab yang dikurniakan dengan ujian yang menggetarkan iman, tetapi kerana keimanan yang tinggi kepada Allah, maka mereka diberi keistimewaan berada disamping Allah.

Ayuh pejuang!!! Bangkitlah dari kelemahan diri ini, ingatlah bahawa ujian itu sebagai mahar yang perlu dibayar untuk mendapatkan syurga dan semoga jerih lelah kita menunaikan mahar ini akan menjadi sirna ketika berhadapan dengan Allah kelak.

Perjuangan ini penuh onak duri dan segala macam rintangan, tetapi walaupun rintangan itu setinggi langit, ingatlah bahawa Allah sentisa berada di sisi kita.

*iluvislam

Monday, October 25, 2010

MAKSIAT LEMAHKAN KEKUATAN HATI

Bismillahirohmanirohim...

MAKSIAT memiliki pengaruh bahaya dan buruk bagi hati serta fizikal manusia.

Antara pengaruh buruk serta bahaya dosa, ia akan memadamkan cahaya ilmu yang dikurniakan Allah dalam hati. Imam Malik pernah mengagumi kecerdasan Imam Syafie yang masih muda, memiliki ketajaman otak dan kesempurnaan pemahaman.

Imam Malik berkata: “Aku melihat Allah meletak cahaya dalam hatimu, kerana itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat.”

Sementara itu, Imam Syafie pernah menceritakan pengalaman peribadinya dalam bait syair; Saya mengadu pada guru Waqi’ mengenai mutu hafalanku yang buruk, maka ia mengarahkan supaya aku meninggalkan maksiat. Ia berkata, “Ketahuilah ilmu adalah kemuliaan dan kemuliaan Allah tidak diberikan kepada ahli maksiat.

# Rezeki tidak lancar

Dalam Musnad Ahmad, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba diharamkan daripada rezeki kerana maksiat yang ia lakukan.

Seperti ketakwaan kepada Allah mendatangkan rezeki, sebaliknya maksiat akan mendatangkan kekafiran.

# Keterasingan antara Allah

Seorang yang melakukan maksiat akan menemukan perasaan terasing antara dirinya dan Allah dalam hatinya. Keterasingan ini tidak boleh diganti dan dinilai dengan kenikmatan apa pun. Andainya semua kelazatan di dunia disatukan, maka tetap tidak boleh mengubati perasaan keterasingan itu. Perasaan itu hanya ada pada hati yang hidup, sementara hati mati tidak mempunyai perasaan itu.

Ada seorang lelaki mengadu perasaan keterasingan pada dirinya kepada ahli makrifat lalu dijawab: “Jika kamu menemukan keterasingan dalam dirinya kerana berbuat dosa, segeralah tinggalkan dosa itu dan temui ketenteraman hati dalam berbuat taat. Ketahuilah, tidak ada hati yang rasakan keterasingan kecuali kerana dosa.”

# Keterasingan antara manusia

Perasaan terasing bukan hanya terjadi dengan Allah tetapi juga manusia terutama dengan mereka yang melakukan kebaikan.

# Allah akan menyulitkan urusannya

Orang yang melakukan maksiat akan selalu menemui jalan buntu pada setiap urusannya. Orang yang bertakwa kepada Allah akan menemui kemudahan pada urusannya sebaliknya mereka yang jauh daripada takwa disulitkan urusannya.

# Kegelapan dalam hati

Kegelapan itu nyata dalam hatinya seperti melihat dan berasakan gelapnya malam. Ini kerana ketaatan adalah cahaya sementara maksiat adalah kegelapan. Semakin kuat kegelapan dalam hati maka seseorang itu terus dalam kebingungan. Akibatnya ia terjatuh dalam kesesatan dan hal yang menghancurkan tanpa disedari.

# Maksiat melemahkan kekuatan hati

Maksiat melemahkan hati dan kelemahan fizikal disebabkan lemahnya hati. Semakin kuat hatinya, semakin kuat fizikalnya. Ahli maksiat, meskipun fizikalnya kuat tetapi apabila diperlukan dan dalam keadaan terdesak, kekuatan fizikal mereka tidak berdaya.

Renungkan bagaimana kekuatan fizikal kaum Rom dan Parsi yang mengkhianati mereka ketika memerlukannya hingga dengan mudah orang beriman menakluki kekuatan fizikal dan hati mereka.

# Malas mengerjakan ibadat

Orang yang melakukan maksiat akan malas melaksanakan amal ibadat. Sedangkan setiap bentuk ketaatan kepada Allah nilainya melebihi dunia dan segala isinya.

# Terbiasa berbuat dosa

Maksiat melunturkan persepsi buruk mengenai dosa dalam hati seseorang. Ertinya, dia tidak akan berasa bahawa dosa yang dilakukan adalah perbuatan buruk. Akibatnya, dosa menjadi sebahagian daripada kebiasaan. Keadaan ini membahayakan diri sendiri.

Walaupun dilihat dan dicerca, dia tidak rasakan dirinya terhina. Perasaan seperti itu adalah kesenangan dan kenikmatan daripada pelaku maksiat. Bahkan, ada yang bangga menceritakan maksiat yang dilakukan.

Rasulullah SAW bersabda: “Semua umatku akan dimaafkan oleh Allah kecuali muhajirun (yang terang-terangan berbuat maksiat. Termasuk mujaharah adalah ketika Allah menutupi seseorang berbuat maksiat, tapi pagi harinya ia membuka aibnya sendiri. Ia mengatakan, “Hai teman, semalam aku melakukan ini dan itu.” Dia merobek kehormatannya sendiri ketika Allah menutupnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

*dipetik dr Berita Harian,Selasa, 27 Mac 2007

Monday, September 27, 2010

PESANAN RASULULLAH SAW TERHADAP WANITA

Bismillahirohmanirohim...

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana
perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka
carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka
masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan
berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila
lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7)
Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka
diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang
menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya
kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11) Mana-mana wanita yang
berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12) Apabila wanita
mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13) Apabila
wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Friday, September 24, 2010

^KENALI 7 GOLONGAN^

Bismillahirohmanirohim...

Rasullullah bersabda yang bermaksud, " Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNYA pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah, di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: ""Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatinya sifat Jalal dan sifat Jamal Allah." ( Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

TERDAPAT TUJUH GOLONGAN YANG BAKAL MENDAPAT NAUNGAN HARI AKHIRAT KELAK IAITU:

  1. Pemerintah yang adil. Tanggungjawab di pikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat. Sememangnya bukan mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya.
  2. Orang muda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhan. Sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja (muda) kerana pada usia inilah individu di uji pelbagai godaan. Dan beruntunglah orang yang berjaya melepasi rintangan itu.
  3. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid (rumah ibadat). Ada hadis menyebutkan bahawa langkahan dua kaki ke masjid bakal beroleh ganjaran besar di sisi Allah dan di kategorikan sebagai satu sedekah.
  4. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, dan apabila kedua-duanya bertemu dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah. Hal ini merujuk kepada perhubungan sesama insan (persahabatan) yang terjalin kerana Allah dan dalam adab serta batas kesopanan yang di benarkan.
  5. Orang yang di pujuk oleh perempuan kaya lagi rupawan untuk berzina, lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!" Inilah sebesar-besar ketakwaan kepada Allah sehingga berjaya menangkis godaan datang.
  6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di beri oleh tangan kanannya. Sikap ini mengambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah.
  7. Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan sepenuh hati tanpa terlalai sedikit pun. Tiada yang lain dalam ingatannya kecuali Allah dan sifat Jalal serta JamalNYA.
*Justeru, dalam golongan manakah kita?

Thursday, September 23, 2010

JANGAN JADIKAN PERMAINAN


Bismillahirohmanirohim...


HASAD DENGKI memang permainan manusia. Namun, jika di biarkan hasad dan dengki akan menjadi seumpama api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti api yang membakar kayu.

Jangan lupa bahawa hasad dan dengki yang menyebabkan Nabi Adam tersingkir daripada baginda dan isteri, Hawa menjadi mangsa dengki iblis. Kerana hasad dengki juga berlaku pembunuhan pertama dalam sejarah apabila dua anak lelaki Nabi Adam, Qabil membunuh adiknya, Habil.

Jauhilah dengki yang memusnahkan ukhwah dan kebaikan dalam diri. Namun jika ingin berdengki, lakukan dalam perkara yang positif seperti berlumba-lumba melakukan kebaikan dan menuntut ilmu atau ibadat.



Wednesday, September 15, 2010

KEJAYAAN ITU BUKAN MILIKMU...

Bismillahirohmanirohim...

Jika hari ini kita seorang doktor yang berjaya, jurutera yang disegani mahupun ahli politik yang dihormati, namun pernahkah seketika kita merenung kembali siapakah di sebalik kejayaan yang kita kecapi pada hari ini?

Ramai antara kita alpa dan bangga dengan kejayaan yang diraih dan merasakan bahawa kejayaan itu adalah kerana diri kita yang telah berusaha keras. Apabila lulus peperiksaan, kita rasa itu hasilnya sebab kita rajin ulangkaji, kita rasa ia hasil penat lelah kita belajar sampai larut malam. Bila dapat naik pangkat, kita yakin itu sebab kita rajin buat kerja, kita rasa boss sayang kita. Namun, hakikatnya kita lupa, “tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah", jika Allah tidak mengizinkan, jangan kata untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan, bahkan untuk memegang pen untuk menjawab peperiksaan pun kita tidak mampu. Begitu juga usaha kita untuk naik pangkat tidak mungkin berjaya tanpa izin Allah.

Ayuh sejenak kita muhasabah diri, tanpa keredhaan Allah, tanpa izin dan perkenan Allah, siapalah kita pada hari ini? Betapa hebat mana pun kita, namun tidak mampu melawan takdirnya Allah. Betapa gigih usaha kita, namun jika Allah tidak mentakdirkan kejayaan itu untuk kita, namun tidak mampu sesiapa untuk mendapatkannya untuk kita.

Justeru, kepercayaan pada kekuasaan Allah akan sentiasa membuatkan kita ini menjadi manusia yang merendah diri kerana kita yakin bahawa setiap kejayaan kita adalah milik Allah. Hamba yang bersyukur itu menyedari bahawa setiap kejayaan yang diraih adalah sekadar pinjaman Allah. Setiap nikmat itu adalah bahagian yang menjadi amanah Allah untuk diuruskan. Natijahnya, insan yang menyedari Allah adalah penentu setiap kejayaannya akan meletakkan keredhaan Allah sebagai matlamat utama dalam setiap tindak tanduknya. Orang yang menyedari hakikat keterbatasan dirinya sebagai hamba akan menjadi insan yang sentiasa bersyukur dan merasakan keagungan Allah. Kejayaan yang digenggam tidak akan menjadikan dirinya sombong bahkan menjadikannya dirinya semakin tunduk.

Ayuh kita koreksi diri sendiri, insaflah... bahawa kejayaan ini bukan milik kita!

*Tiada apa yang lebih bermakna selain dapat bermuhasabah diri supaya dapat merenung seketika sejauh mana telah kita capai dalam kehidupan ini. Seimbangkan antara tanggungjawab sebagai hamba-NYA dan juga tanggungjawab didunia.

*Petikan dari iluvislam.com

Wednesday, July 28, 2010

~PERIBADI BERZIKIR~

Bismillahirohmanirohim...

Peribadi berzikir, zikir menjadi keperibadiannya, Allah tujuannya, Rasulullah S.A.W tauladan dalam hidupnya. Dunia ini pun menjadi syurga sebelum syurga sebenarnya. Bumi menjadi Masjid baginya, rumah, kantor bahkan hotel sekalipun jadi Musalla baginya. Tempat ia berpijak meja kerja, kamar tidur hamparan sejadah baginya. Kalau ia bicara, bicaranya dakwah, kalau dia berdiam, diamnya zikir, nafasnya tasbih, matanya penuh Rahmat Allah, penuh kasih saying, telinganya terjaga, fikrannya baik sangka, tiidak sinis, tidak suka pesimis, dan tidak suka memponis, hatinya SubhanaAllah diam-diam berdoa, doanya diam-diam. Tangannya bersedekah, kakinya berjidah, ia tidak mahu melangkah sia-sia, kekuatannya silaturrahim, kerinduannya tegaknya syariat Allah, kalau memang hak tujuannya maka sabar dan kasih saying strateginya, Asma’amanina cita-cita tertingginya, teragung syahid di jalan Allah dan sungguh menarik kesibukannya ianya asyik memperbaiki dirinya, tidak tertarik mencari kekurangannya apalagi aib orang lain. Hadirilah majlis-majlis zikir, raihlah keperibadian berzikir, dengan selalu menikmati hidangan Allah terlazat ZIKRULLAH.

Sunday, June 13, 2010

INDAHNYA SEORANG IBU...

Bismillahirohmanirohim...

Hampir setiap hari, adalah menjadi rutinku untuk meronda-ronda di dalam alam maya untuk mencari, membaca, menghayati dan menghadam isi-isi yang terkandung di dalam bloggers masing-masing. Aku menjelajah dari satu blog ke blog sahabat yang aku kenali dan blog yang tidak ku kenali siapa pemiliknya...mambaca artikel yang di paparkan oleh sahabat-sahabat membuatkan aku ketagih untuk mengunjunginya lebih kerap kerana tidak sabar menanti entri yang terbaru darinya. Moga-moga semua sahabat semua sudi untuk menerima kunjungan dari para tetamu yang tidak di undang ini untuk mengunjungi blog anda semua.

Artikel mengenai ibu ini adalah sebenarnya bertujuan agar terasa lebih mendekatkan lagi ingatanku tehadap umi yang jauh di sana. Moga-moga doa sahaja yang dapat menndekatkan hati aku agar sentiasa berada bersamanya walau jarak skala bumi yang memisahkan. Entri kali ini adalah di ambil dari sahabat yang lain. Tujuannya, untuk memperluaskan dan menyebarkan lagi apa yang baik untuk semua sahabat di luar sana. Ambillah apa yang baik untuk ingatan kita sebagai hamba Allah SWT bersama.

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ...mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau..... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada.....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wan g untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK....RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


Maka fikir-fikirkanlah wahai sesiapa yang bergelar anak...

WaLlahu a'lam.

Wednesday, June 9, 2010

:+Muhasabah Bersama+:

Bismillahirohmanirohim...

Pelbagai masalah yang menimpa umat Islam seluruh hari ini. Tidak kiralah dari segi apa pun sama ada sosial, politik, ekonomi dan segala macam sudut. Kita sebagai umat Islam lebih cenderung menyalahkan pihak lain di atas kelemahan kita sendiri. Bukan semua yang bersifat begini tetapi ada dalam kalangan umat Islam itu sendiri.

Saya cuba berkongsi pendapat saya bersama para pembaca artikel ini. Jika ada salah dan silap boleh ditegur dengan cara yang berhemah seperti mana yang diamalkan oleh junjungan besar kita Rasulullah S.A.W. Ini adalah sekadar pendapat peribadi saya, ianya adalah hasil daripada pengalaman hidup saya yang tidak seberapa ini.

Kita sambung kembali isu yang dibincangkan sebentar tadi. Sebagai contoh dan ini tiada kaitan dengan sesiapa, ramai umat Islam dewasa ini cukup prihatin dalam isu Palestin. Banyak juga pihak sama ada yang beragama Islam atau pun tidak yang telah membantu dari segi bantuan kewangan, pakaian, tenaga dan pelbagai lagi perkara yang dirasakan perlu untuk membantu rakyat Palestin yang menderita.

Tidak kurang juga yang sering berdoa supaya rakyat Palestin diselamatkan dan pihak yang menindas ke atasnya dihancurkan daripada muka bumi ini dan kalau tidak silap saya, doa-doa ini juga sering berkumandang di tempat yang makbul doa seperti di Tanah Suci Makkah dan juga Madinah.

Persoalannya,

Adakah Yang Maha Mendengar tidak mendengar doa kita?

Adakah Yang Maha Mengetahui tidak mengetahui hambaNYA sedang menderita?

Adakah Yang Maha Mengasihani tidak mengasihani hambaNYa?

Adakah Yang Maha Melihat tidak melihat kesengsaraan hambaNYA?

Adakah Yang Maha Berkuasa tidak berkuasa ke atas kekuasaanNYA?

Adakah Yang Maha Pencipta tidak dapat mengawal ciptaanNYA?


Tidak sesekali tidak kerana Allah itu Maha Sempurna tiada tolok bandingnya.

Wahai orang yang Islam, kita cuba lihat kembali dalam diri kita. Sememangnya nama kita Muhammad, nama kita Ahmad, nama kita Abu Bakar, nama kita Umar, nama kita Uthman, nama kita ‘Ali, nama kita Khadijah, nama kita ‘Aisyah, nama kita Fatimah tetapi adakah kita benar-benar beriman?


~TINTA BUAT SAHABAT~

Align CentreBismillahirohmanirohim...


Tika aku kesepian,
Kau datang membawa kegembiraan,
Tika aku kedukaan,
Kau hadir mengubat jiwa,
Tika aku kegelisahan,
Kau di sisi memberi ketabahan.


Sahabat,
Jika aku lupakan Yang Esa,
Ajaklah aku mengingatiNya,
Jika aku gembira tak terkata,
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaranNya,
Jika aku bersedih tanpa bicara,
Pintalah aku agar berserah kepadaNya.


Sahabat,
Kaulah hadiah Allah untukku,
Apa yang aku harapkan,
Adalah ukhuwah yang berkekalan,
Sehingga ke akhir hayat kita.

Ukhuwah fillah abadan abada.

Wednesday, May 12, 2010

NERAKA BUATMU

Bismillahirohmanirohim...

Buat iktibar bagi kita yang selalu leka. Kisah ini di ambil dari majalah Iskandariah Mesir “MANAR ISLAM”.

Menurut majalah tersebut, pada hari kejadian, gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat itu menaiki bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya, walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nips dan seksi hampir meliat segala yang patut di sembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau bukan mahramnya.

Gadis itu linkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang di di penuhi uban menegurnya. “Wahai pemudi, alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam. Itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki”, nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertepatan dengan tuntutan agama itu di jawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek. “ Siapakah kamu hai orang tua? Adakah kamu yang memegang kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di Syurga atau Neraka? Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang”.

Tidak cukup dengan itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dasyat. “Nah! Ambil telefonku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku!” katanya lagi pantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempermainkan hukum Allah dengan begitu biadap sekali.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari gadis itu. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan dengan perilakunya yang sangat buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam. Ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua orang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda itu, yan tidak menghormati hukum-hukum Allah dan mereka tidak mahu lagi menasihatinaya kerana khuatir dia akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar itu di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas temasuk penumpang mengejutkannya tetapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba-tiba orang tua itu tadi memeriksa nadi si gadis itu. Sedetik kemudian, dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam-kabut itu, tiba-tiba gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. tapi sekali lagi mereka terkejut , sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya itu. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Beberapa orang cuba mengangkat mayat tersebut jug kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik sahaja ingin menyentuh tubuh si mayat.

p/s: kita tidak boleh mengabaikan hukum Allah apatah lagi mempermainkannya. Allah itu Maha Kuasa, Dia boleh melakukan apa sahaja yang di kehendaki-Nya. Kita harus ingat sesiapapun yang menasihati kita, kita harus terima kerana itu adalah kebaikan untuk kita.

Wednesday, April 28, 2010

INDAHNYA AIR @ WATER @ AL-MA’


Bismillahirohmanirohim…


Setinggi-tinggi kesyukuran hanya kepadaNYA Allah SWT yang Maha Esa Tuhan Sekalian Alam. Walaupun berada dalam minggu exam, aku masih mencuri masa untuk mengupdate blog yang beberapa hari aku tinggalkan. Exam-Exam jugak, tapi kekasih di alam maya ini tetap aku rindui selalu…Rasa terdetik untuk bercerita mengenai Bumi Sabah iaitu Negeri di Bawah Bayu yang kini di landa pemanasan global. Pemanasan global ini boleh mengakibatkan beberapa kesan positif dan negatif kepada kita semua.

Seperti semua sahabat-sahabat sedia maklum, dalam keadaan cuaca yang sebegini…Kita semua digalakkan untuk meminum air dalam kuantiti yang banyak dalam seharian kita. Tidak kira siapa dia lelaki, perempuan, kanak-kanak, orang tua atau remaja-remaja yang bakal menerajui Negara pada masa hadapan (Insya Allah…).

Semua sahabat-sahabat tahu, minum air adalah sangat penting dan sangat baik untuk kesihatan. Tetapi, adakah sahabat-sahabat tahu bilakah waktu yang paling baik untuuk kita minum air?

Pesanan buat diri dan sahabat-sahabat kita mestilah minum air secukupnya…

Percaya atau tidak, pengambilan air dalam masa yang tepat boleh memberikan kesan yang optima kepada kesihatan badan. Berikut ini nadalah masa minum air yang paling bagus seperti yang di syorkan oleh pakar-pakar perubatan.

1. Minum 2 gelas air masak – SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.

2. Minum segelas air 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

3. Minum segelas air – SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

4. Minum segelas air SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur.

Kesimpulannya, kita sangat di galakkan untuk minum air masak yang secukupnya untuk kesihatan badan kita. Masa yang di nyatakan di ats adalah masa paling baik untuk minum air.

p/s: Air di sini adalah bukannya air kopi Radix, air teh Lipton, air buah manga atau air yang berperisa lain. Tetapi, air di sini adalah AIR MASAK!!! Harap tidak ada individu yang salah faham.