Saturday, December 5, 2009

~INDAHNYA UJIAN HIDUP~

Dalam kita menghadapi ujian, pasti ada jalan keluarnya.
Sebagai langkah pertama cuba fahami dan hayatilah pesanan Nabi Muhammad SAW yang berbunyi, "sebaik-baik ibadah ialah sabar menunggu jalan keluar". Ini bermakna tidak ada satu ujian pun yang akan kekal.
Mana mungkin ada malam yang tidak ada siang, pagi tanpa digantikan dengan petang, mana mungkin banjir berpanjangan dan tidak akan terjadi kemarau berpanjangan. Jika ini kenyataan yang terjadi bermakna Allah tidak pernah tidak adil pada makhluknya. Bagi memperhatikan lagi cinta Allah pada makhluk-Nya dan membuktikan lagi kehebatan Allah Yang Maha Adil maka dibekalkan makhluk-Nya dengan pesanan melalui surah Hud :81 yang berbunyi,

"Bukankah Subuh itu sudah tiba."

Subuh bermakna betapa pun panjangnya malam pekat pasti akan bertemu dengan waktu tamatnya. Oleh iu betapa pun berat dan panjangnya penderitaan yang ditanggung oleh hamba Allah, Dia telah menjelaskan pasti Allah menemukan saat penyembuhan untuk keluar daripada permasalahan itu. Subuh bermakna cahaya fajar bagi orang yang ditimpa kesedihan itu telah menyerlah. Maka pandai-pandailah merasai sapaan dan sentuhan suria pagi, tunggulah panasnya bebola mentari pagi sebagai tanda bahawa kemenangan telah datang dari Yang Maha Berkuasa.


Oleh itu, laluilah kehidupan dengan keyakinan,dan rasailah sentuhan Allah tidak pernah putus kepada kita hamba-Nya. Ini dipastikan dalam janji Allah bahawa Allah tidak pernah mengantuk, tidak pernah penat, berhenti mengurus langit dan bumi serta seluruh isinya. Anggaplah suatu permasalahan itu sebagai seperti seutas tali. Jika tali itu sudah sangat tegang, maka ia akan segera putus. Ertinya jika persoalan itu sudah kritis atau matang, maka tunggu kerana ia pasti akan berhenti dan ditemukan dengan jalan keluar.


Allah akan pastikan setiap kesedihan dan kegembiraan itu menemui penghujungnya. Ini ditegaskan lagi oleh Allah,

"Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan kemudahan dalam urusannya (QS Ath-Thalaq:4).

Ini janji Allah yang sangat pasti, maka bangunkan keyakinan dan panjatkan doa dan kesedihan kepada-Nya, pasti kita akan berasa bahawa kesedihan tidak berpanjangan kerana Allah tidak membenarkan keadaan itu terjadi selagi kita hambanya tidak berputus asa dari rahmat Allah. Sebab itu Allah menjanjikan,

"Maka, sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan." (QS Al: Insyirah:5-6)

Dengan syarat kita yakin sepenuhnya bahawa apa yang kita lakukan kerana Allah dan mahu mendapat reda Allah, bukan kerana manusia.

Monday, November 9, 2009

Indahnya Peperiksaan Akhir Tahun 2009/2010

Bismillahhirohmanirohim...

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi...Allah SWT masih memberi peluang untuk hidup setelah d uji dengan sedikit kesakitan. Saya masih mampu bamgkit setelah bertarung dalam peperiksaan. Setakat hari ini, sebanyak 3 kali sudah selesai berperang di dewan peperiksaan. Kertas yang terjawab sudah di hantar dengan selamat kepada pembantu pengawas. Ada 4 lagi subjek yang perlu saya harungi dengan hati yang tabah.

Hati tidak begitu tenang menjawab peperiksaan pada hari ini. Dari malam hari lagi diri ini di uji dengan sedikit kesakitan, ia berlarutan hingga ke pagi. Saya anggap ianya ujian dari Allah atas dosa yang telah saya buat di dunia ini. Jiwa tidak tenang selagi tidak meluah perasaan pada umie apa yang berlaku pada diri ini. Jam menunjukkan pukul 8 pagi, ingin saya tekan butang handset Myiman mendial no Umie, tapi nasib agak malang hari ini, kredit Maxis tidak mencukupi untuk membuat panggilan. Kredit hanya tinggal RM 0.23 sahaja.
Di dalam kepala sering berlegar-legar kata-kata semangat yang masih tersimpan kaku dalam inbox Myiman. Dengan izin ALLAH, kata-kata dari umi, abah, kakak, abang adik serta mesej dari sahabat-sahabat sedikit sebanyak mampu menaikkan roh semangat untuk saya terus berjihad dalam peperiksaan pada kali ini.








Wednesday, November 4, 2009

Indahnya Dar As-Sakeenah

Bismillahirohmanirohim...


Segala puji bagi Tuhan semesta alam dan selawat dan salam kepada Nabi yang paling mulia, nabi Muhammad S.A.W dan keluarga serta para sahabatnya sekalian. Syukur Alhamdulillah Allah masih memberi sedikit ruang dan masa untuk anak kapalnya membuat sedikit Diskusi Malam Hari+ Meting walaupun ada anak kapal yang lain menjalani ujian kelulusan bagi meneruskan pembelajaran selagi hidup di dunia ini.

Saya sebagai ketua kepada anak-anak kapal ini memikul amanah untuk membimbing semua anak kapal hidup dengan aman, selesa, kebajikan terjaga, pengisian rohani dan mantel jua terisi daripada kapten-kapten yang telah ditugaskan. Anak-anak kapal juga di bagikan kepada koloni-koloni yang mesti di handel oleh bahagian masing2. Antara koloni yang ada dalam kapal ini adalah jeng...jeng...jeng. InsyaAllah bersambung lagi, panjang umur edit post lagi hihihi(....)

Sunday, November 1, 2009

Salam Imtihan bUAT sEMUA sAhabAT

Bismillahirohmanirohim...
USAHA + DOA + TAWAKAL + JAWAB YANG DI TANYA, BUKAN JAWAB YANG KITA TAHU = KEJAYAAN MILIK KU (INSYAALLAH)
BELIA BERISIKO
PSIKOLOGI BELIA
PSIKOLOGI ABNORMAL
BELIA DAN MASYARAKAT
UJIAN DAN PENGUKURAN
TUMBUHAN DAN MANUSIA
PEMULIHARAAN DAN PERSEKITARAN