Tuesday, March 24, 2009

TooLOONg SaMPaiKEee...


tolong sampaikan pesananku,
tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya,
tolong beritahu si dia cinta agung adalah cintaNya,
tolong beritahu si dia cinta manusia akan membuatnya alpa...
tolong nasihati dia, jangan mencintaiku lebih dia menyintai Yang Maha ESA,
tolong nasihati dia, jangan mengingatiku lebih dia mengingati Yang Maha Kuasa,
tolonh nasihati dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibubapanya...
tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga,
tolong katakan pada si dia, dahulukan ibubapa kerana di telapak itu syurganya...
tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan kerana rupa,
tolong ingatkan si dia, aku lebih utamakan zuhudnya bukan hartanya,
tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya....
tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia,
tolong tegur si dia, bila dia mula tenggelam dalam angan-angannya,
tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya...
tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa,
tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga,
tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya...
tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta sebelum cita-cita belum terlaksana,
tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan di rapati kerana menjaga batasan cinta,
tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi sebab penambah rindunya....
tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan,
tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya,
tolong khabarkan pada si dia, jadi penyokong dalam kejayaanku...
tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga,
tolong sampaikan pada si dia, cinta kepada ALLAH tidak ternilai harganya,
tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang MahaEsa,
tolong sampaikan pada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahu sendiri....
hanya engkau YA ALLAH mengetahui siapa si dia,
moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia.......
semoga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha kuasa di taman larangan dengan sopan santunnya dan berteman mawar berduri yang terjaga oleh tuannya...
simpanlah pesananku ini sehingga kau bertemu diriku suatu hari nanti........................

Wednesday, March 4, 2009

BUATMU...INSAN BERGELAR MUSLIMAH



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




SESUNGGUHNYA KEJADIANMU TERLALU UNIK, TERCIPTA DARI TULANG RUSUK ADAM YANG BENGKOK MENGHIASI TAMAN-TAMAN YANG INDAH LANTAS MENJADI PERHATIAN SANG KUMBANG. BERTENANGLAH DIRIMU DENGAN PERASAAN MALU YANG BERTUNJANGKAN KEIMANAN DAN KEINDAHAN TAQWA KEPADA ALLAH, HIASILAH WAJAHMU DENGAN TITISAN WUDHUK...INGATLAH BAHAWA CIRI-CIRI SEORANG SOLEHAH IALAH IA TIDAK MELIHAT KEPADA LELAKI DAN LELAKI TIDAK MELIHAT KEPADANYA. SESUATU YANG TERTUTUP ITU LEBIH BERHARGA JIKA DIBANDINGKAN DENGAN SESUATU YANG TERDEDAH...UMPAMANYA SEBUTIR PERMATA YANG DI LETAKKAN DALAM SATU BEKLAS YANG TERTUTUP SUDAH PASTINYA KEINGINAN UNTUK MELIHAT PERMATA YANG TERSEMBUNYI ITU MELEBIHI DARIPADA YANG TERDEDAH...

Tuesday, February 10, 2009

15 CIRI INSAN BERGELAR SAHABAT...


*Insan yang paling dekat untuk luahkan perasaan suka dan duka.
*Insan yang memahami diri kita, perasaan, dan kehendak kita.
*Insan yang jujur dan ikhlas melakukan sesuatu yang termampu dan terbaik pada kita tanpa syarat dan mengharapkan balasan daripada kita.
*Insan yang membela dan menutup aib, kesalahan, dan kesilapan kita kepada orang lain tetapi pada masa yang sama menegur dan menasihati kita di belakang mereka.
*Insan yang menerima diri kita sama ada baik dan buruk tanpa sebarang syarat dan alasan.
*Insan yang sanggup berkirban masa, tenaga, buah fikiran, dan wang ringgit demi kebahagiaan kita. Adakalanya sanggup menghadapi nyawanya kerana kita.
*Insan yang jujur dan sabar dalam menegur, menegah, dan menasihati kita daripada melakukan perkara-perkara yang buruk dan yang dilarang oleh agama.
*Insan yang menjadi sumber inspirasi, peniup semangat, dan pemberi motivasi apabila kita kecewa, patah semangat dan menyerah kalah.
*Insan yang dijadikan tempat untuk tempat untuk meluahkan segala permasalahan hidup dan perasaan kita.
*Insan yang boleh menyimpan rahsia kita dan boleh dipercayai tanpa membocorkannya kepada orang lain.
*Insan yang menjadi tempat bergurau-senda berhibur dan bergelak ketawa bersama kita.
*Insan yang sentiasa menyokong, pembakar semangat kita untuk terus berjaya dalam sesuatu aktiviti, bidang atau pekerjaan.
*Insan yang sedia mengajarkan ilmu, kemahiran, dan pengalamannya kepada kita tanpa sebarang syarat.
*Insan yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan kita setiap kali selepas solat.
*Insan yang sentiasa mengingati dan merindui kita. Sukar atau mustahil dapat melupakan kita sepanjang hidupnya.

Sunday, February 1, 2009

ADAB-ADAB BERDOA




FIRMAN ALLAH S.W.T YANG BERMAKSUD, “…ATAU SIAPA YANG MEMPERKENANKAN (DOA) ORANG YANG DALAM KESUSAHAN APABILA IA BERDOA KEPADA-NYA, DAN YANG MENGHILANGKAN KESUSAHAN DAN MENJADILAN KAMU (MANUSIA) KHALIFAH DI BUMI? ADAKAH DI SAMPING ALLAH ADA TUHAN (YANG LAIN)? AMAT SEDIKIT KAMU MENGINGATI-NYA.”(Surah al-Naml ayat 62)


Apabila ingin memohon sesuatu yang dihajatinya kepada Allah s.w.t, hendaklah kamu melakukan doa itu sebaik-baiknya denga memelihara adab-adab seperti di bawah ini.



  1. Pada waktu-waktu yang mulia (afdal) seperti hari Jumaat, hari Arafah, bulan Ramadan dan waktu satu pertiga sebelum berakhirnya malam.

  2. Dalam keadaan yang mulia seperti kita sedang bersujud dalam sembahyang, sebelum dan sesudah menunaikan solat, ketika hati berasa tenang dan bersih daripada gangguan syaitan dan ketika menghadap kaabah.

  3. Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri kepadaNYA bersungguh-sungguh kepada Allah s.w.t.

  4. Berdoa dalam kedudukan menghadap kiblat

  5. Memuji kebesaran Allah s.w.t sebelum berdoa. “Selayaknyadoa itu dimulai dengan kalimah tahmid (puji-pujian) dan disudahi dengan kalimah tahmid juga,”(Hadis an-Nawawi)

  6. Merendahkan suara iaitu dengan menggunakan suara perlahan agar samar-samar dari pendengaran orang di sisi kita.

  7. Menggunakan kata-kata yang sederhana, sopan dan tepat mengenai sesuatu yang di hajati dalam doa tersebut. Sebaiknya menggunakan doa-doa yang di ajarkan Rasulluallah s.a.w.

  8. Khusyuk agar jiwa kita yang halus ini sentiasa merasai kebesaran dan kehebatan Allah s.w.t.

  9. Ulangi doa yang dihajati sebanyak dua tiga kali dengan harapan Allah s.w.t akan memakbulkannya.

  10. Yakin doa itu akan diperkenankan Allah s.w.t dan reda jika Allah memakbulkannya.