Sunday, April 19, 2009

Siapalah diriku dipandaNgan-Mu


BISMILLAHIROHMANIRAHIM...

Semakin cuba ku dekati

Semakin kuat pula Kau mendugai aku

Oh Tuhan Yang Maha Sempurna

Kerdil dirinya diriku hadapan- Mu

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan degan-Mu

Sudikah kau menerima hamba mu yg hina ini

Ya Allah kau maha pengampun

Dibayangan mentari aku kealpaan

dusta dunia penuh kepura-purAAN

Di kala dinihari aku kepasrahan

mendamba jernih embun kasih sayang mu oh tuhan

Andainya dihitung amalan ku

Belum pasti dapat kuhampiri gerbang syurga mu

Oh Tuhan Yang Maha Pemurah

Hindari diriku dari siksamu…Oh tuhan

Ksh syg mu tuhan itu yang kudambakan

Dengan rahmat-Mu

Ampunilah diriku

Thursday, April 9, 2009

"TEMAN ISTIMEWA DI DALAM KUBUR"





Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya"

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.

Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya"

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat, Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!" .Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat. Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini,engkau tidak akan berasa dukacita lagi"

Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga.

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan Allah itu adalah benar. Dekatilah Al-Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat. Semoga Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya..... AMIN

Wednesday, April 1, 2009

WaNiTa iBARat BuNGaaa...

"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." (HR Muslim)

Wanita ibarat bunga...
cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara...
Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya...
Kerana akhlak wanita ibarat bunga diri...
Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlak buruk...
Tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu.

Ibarat bunga..
ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya...
Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan...
Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar..
Tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya....

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa...
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita.
Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka...
walaupun berat dipandangan mata si jahil dan ingkar,
tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.

Kerana itulah...
Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah...
Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang bersemangat..
sebagai isteri, dia menjadi isteri Yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya..
Sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang...
Dan pastinya sebagai hamba Allah,
dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya.

Tuesday, March 24, 2009

TooLOONg SaMPaiKEee...


tolong sampaikan pesananku,
tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya,
tolong beritahu si dia cinta agung adalah cintaNya,
tolong beritahu si dia cinta manusia akan membuatnya alpa...
tolong nasihati dia, jangan mencintaiku lebih dia menyintai Yang Maha ESA,
tolong nasihati dia, jangan mengingatiku lebih dia mengingati Yang Maha Kuasa,
tolonh nasihati dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibubapanya...
tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga,
tolong katakan pada si dia, dahulukan ibubapa kerana di telapak itu syurganya...
tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan kerana rupa,
tolong ingatkan si dia, aku lebih utamakan zuhudnya bukan hartanya,
tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya....
tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia,
tolong tegur si dia, bila dia mula tenggelam dalam angan-angannya,
tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya...
tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa,
tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga,
tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya...
tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta sebelum cita-cita belum terlaksana,
tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan di rapati kerana menjaga batasan cinta,
tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi sebab penambah rindunya....
tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan,
tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya,
tolong khabarkan pada si dia, jadi penyokong dalam kejayaanku...
tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga,
tolong sampaikan pada si dia, cinta kepada ALLAH tidak ternilai harganya,
tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang MahaEsa,
tolong sampaikan pada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahu sendiri....
hanya engkau YA ALLAH mengetahui siapa si dia,
moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia.......
semoga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha kuasa di taman larangan dengan sopan santunnya dan berteman mawar berduri yang terjaga oleh tuannya...
simpanlah pesananku ini sehingga kau bertemu diriku suatu hari nanti........................