Wednesday, August 5, 2009

KEPIMPINAN : SATU MUHASABAH

Bismillahirohmanirohim...
Salam Pertemuan kembali di alam maya...sedikit catatan yang di taip balik setelah membaca artikel di Majalah Wanita Islam iaitu Muslimah. Perkongsian bersama iaitu tentang tanggungjawab kepimpinan yang di wahyukan kepada para Nabi dan Rasul seperti yang dijelaskan oleh al-Syeikh Mustafa Masyhur dalam al-Qiyadah wal-Jundiyyah adalah seperti berikut:

  1. Objektif Islam untuk di amalkan dalam kehidupan, membangunkan Islam sebagai cara hidup yang komprehensif.
  2. Memelihara tujuan dan medan gerakan dengan semua konsekunsinya tanpa melupakan satu dari aspeknya. Islam adalah satu kesatuan yang memiliki berbagai dimensi yang saling menyempurnakan, tanpa ada pemisahan.
  3. Aspek tarbiyah ahli yang perlu dijaga, kerana ia adalah satu asas keutuhan, tanpanya tidak dapat mewujudkan generasi penerus pewaris dan pendukung kerja-kerja amal.
  4. Pendidikan buat generasi umat islam, jangan di sibukkan dengan kegiatan yang melalaikan seperti lumba kereta, lumba suara dan kecantikan.
  5. Memberi penekanan khusus buat wanita dan remaja, target jangka masa panjang dan pendek.
  6. Mendampingi ahli ilmu agar mendapat pengetahuan yang jelas terhadap sesuatu isu, contohnya untuk pembangunan rumah, berapa bilik yang perlu ada. Ini di namakan keperluan asas.
  7. Menjalankan tanggungjawab dakwah kepada berbagai bangsa. Dahulunya contohnya PERKIM di tubuhka untuk target jangka masa pangjang agar golongan bukan islam memahami islam dan bukan memusuhinya.
  8. Menyedarkan umat islam kepentingan berurusniaga. agar dimulia dan tidak selama-lamanya bergantung kepada dana kerajaan.
  9. Semasa memikul tanggungjawab ini hendaklah menyusun satu plan yang dapat menyelesaikan masalah. Ini mencakupi kajian terhadap masalah, tujuan, tahap, jalan penyelesaian, kemungkinan-kemungkinan yang berlaku.
  10. Memilih pembantu yang dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
  11. Hendaklah menyusun waktu dan urusannya dengan efficient.
  12. Mengemukakan satu pendapat sahaja berkaitan syariat Islam dalam masalah furu'iyyah yang ada padanya khilafiyyah. Pada hari ini kita ada badan yang bertanggungjawab mengeluarkan fatwa seperti JAKIM, perlu kita merujuknya.
  13. Membahagikan masa dengan baik dalam urusan keluarga, pentadbiran dan aktiviti kemasyarakatannya.
  14. Elakkan konflik dengan pangdangan orang lain selagi dapat di elakkan.
  15. Jika merasakan tanggungjawab itu dapat dilaksanakan oleh orang lain degan cara yang lebih baik, maka hendaklah di serahkan kepimpinan itu kepadanya.
  16. Mengambil pendekatan komunikasi dengan cara yang paling mudah.
  17. Berusaha meningkatkan ilmu diri ke kursus jangka pendek, bergaul dengan ahli ilmu, menghadiri kelas agama dan sebagainya.

Wednesday, July 15, 2009

sURat CIntA PerTaMa

BISMILLAHIROHMANIROHIM...
Syukur Alhamdulillah masih di beri peluang oleh Allah SWT untuk mengisi post bagi blog nurilislam ini. sebelum pengungjung membaca dengan lebih lanjut, di ingatkan bahawa post kali ini adalah tidak beniat untuk membangga diri saya, memalukan, menuduh, menyakitkan hati, membuli, menfitnah mana-mana pihak dengan warkah yang saya terima semasa berprogram TN 09'. Kemanisan dan kenikmatan semasa berprogram masih hangat terasa. Insyaallah akan berkekalan sehingga menemui SYAHID FISABILILLAH.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada hamba Allah yang sudi memberi komen, nasihat dan pesanan kepada diri saya ini. Surat cinta saya kini menjadi 2 iaitu berbentu softcopy dan hardcopy. Saya harap sangat-sanga penulis warkah ini tidak marah kerana menerbitkan di alam maya. Jika marah? cepat-cepat bagi warning pada saya melalui SMS or SHOUTBOX.
Saudari,
ketahuilah, ketika saya menulis surat ini, saya meluahkan semua yang saya rasa terhadap diri saudari. Saya harap saudari dapat menerimanya dengan hati yang terbuka.
Saya amat sayang pada saudari. Dua tahun kita bersama. Banyak yang telah kita tempuh bersama. Sepanjang tempoh itu juga, saya mula mengenali saudari secara perlahan-lahan.
saudari seorang yang boleh memimpin, sebab saudari sangat bertanggungjawab dan komited terhadap tugas-tugas yang di amanahkan. Saya berdoa agar saudari dapat memikul amanah sebagai pimpinan ini dengan penuh rasa mengharap kepada Allah SWT.
Saudari seorang yang baik hati, berakhlak mulia, sabar dan banyak lagi sikap yang baik sepanjang saya mengenali saudari. Syukran jazilan kerana sudi bersahabat dengan saya. Doakan agar kita sama-sama istiqomah dalam jalan perjuangan yang panjang dengan penuh onak duri ini.
Pesanan saya, selaku pimpinan kampus, tingkatkan lagi ilmu sudari berkaitan soal islam ini. Thaqafah, Feqah, Hadis, dan yang lain-lain. Tentang soal yang lai, saya xtau hendak komen sebab saya xnampak keburukan dalam diri saudari. Syukurlah kepada Allah SWT kerana menutup keaiban saudari pada pandangan saya dan sahabat-sahabat yang lain. Ianya salah satu nikmat yang Allah kurniakan pada sudari.
Akhirnya, apa yang paling saya harapkan??
Semoga ukhwah kita berkekalan dan Allah tetap mengurniakan nikmat berjemaah kepada kita dan semoga kita dapat merasai manisnya perjuangan ini sebelum Allah menjemput kita. MENANG @ SYAHID, TAKBIR...

Tuesday, July 7, 2009

SALAM PEMBUKAAN SEMESTER SESI 09/10

...Bismillahirohmanirohim...

Salam Perjuangan di Era Akademik yang baru bermula semalam. Kedatangan semester baru ni disambut dengan semangat berkobar-kobar untuk memulakan azam baru bagi tahun 3 dalam semester 5. Syukur Alhamdulillah keputusan peperiksaan semester lalu telah pun di terima dengan hati yang lapang. Redha dengan PNGS dan PNGK yang di telah di putus secara muktamad oleh hamba Allah yang aku tidak tahu siapa. Akan tetapi, belum di lapor oleh bos lagi, kerana mengalami konflik perasaan takut, terharu, segan semua ada nak bagitahu ABAH & UMI. Ya allah, Ya Rahman, Ya Rahim berikanlah hambaMu ini Kekuatan.

Semester lima diri ini diwajibkan untuk mengambil sebanyak 7 subjek yang berjumlah 21 jamkredit.

BELIA BERISIKO

PSIKOLOGI BELIA

PSIKOLOGI ABNORMAL

BELIA DAN MASYARAKAT

UJIAN DAN PENGUKURAN

HAIWAN DAN MANUSIA

PERSEKITARAN DAN PEMULIHARAAN

Semoga semua sahabat-sahabat bergembira dengan mata pelajaran yang di ambil pada semester ini. Perbaharui niat menuntut ilmu kerana Allah SWT, semoga tabah menghadapi semua mehnah dan tribulasi yang melanda diri. Jangan jadikan alasan memperolehi keputusan yang rendah menyebabkan kita futur dalam dakwah.JIHAD AKADEMIK, JIHAD DAKWAH, TAKBIR!!!

Tuesday, June 30, 2009

S.A.H.A.B.A.T K.U S.A.Y.A.N.G

~Bismillahirohmanirohim~
Salam Minggu Suai Mesra 09/10 buat semua pejuang, penggerak, pembantu, penolong, dan segala-galanya pe........ucapan tahniah dan takziah buat semua. Hanya ucapan terima kasih yang mampu kuhulurkan buat mereka yang bergerak secara langsung atau tak langsung. Segala titik peluh yang keluar sangatlah bernilai. Semua itu tidak mampu untuk di bayar dengan wang ringgit. Akan Tetapi semua bergantung pada niat kita semua jugak kan...sama ada Beramal kerana Alllah atau beramal kerana dapat elaun, baju free, makan free dan ape-ape je yang free kan...atau ikut PSM ni kerana di paksa oleh mana-mana pihak???Tepuk dada tanya IMAN, kalau tanya selera memang nak makan je...HARI2 TIDO,HARI2 MAKAN,KWANG3....Ambo xnak menuduh mana-mana pihak. Cuma di sini, Ambo sebagai sahabat anda semua ingin selalu ingat mengingati antara satu sama lain. Pesanan ini khas ditujukan buat pemunya blog Achik Aidiks...Ya allah Ya tuhan Yang Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani...Hamba mu ini amat berdosa pada mu YaAllah...Hamba ini amat kerdil dan lemah di sisi mu Ya Allah, Hambamu ini tidak mampu untuk menjalankan amanahmu dengan baik, Aku memohon petunjuk darimu Ya Allah, semoga aku,i bu bapaku, sahabat-sahabatku, kaum muslimin dan muslimat berada di jalan yang benar Ya Allah...Ameen Ya Rabbal A'lameeen...