Monday, March 1, 2010

INDAHNYA HIDUP DI BUMI ALLAH SWT.

Bismillahirohmanirohim…

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT, aku masih lagi di beri kesempatan untuk menikmati udara segar yang di anugerahkan dari Allah SWT kepada semua umatnya di muka buminya ini…Nikmat udara ini bukan sahaja dikecapi oleh umat ISLAM sahaja. Akan tetapi, nikmat udara ini di kurniakan untuk semua manusia yang hidup di dunia ini tidak kira apa agamanya, apa warna kulitnya, di mana dia tinggal dan apa jua jenis harta yang di miliki olehnya. Pernahkah kita terfikir, jikalah udara itu mempunyai nilai harga yang telah di tetapkan, tidak hairanlah ada ramai insan di dunia ini meninggal dunia kerana tidak mampu membeli udara untuk di hirup. Walaupun kadar harga yang di kenakan sangat rendah iaitu 1sen satu sedutan. Tetapi, mampukah kita hanya bernafas 100 sedutan dalam satu hari RM berapa? Seminggu RM berapa? Sebulan RM berapa? Setahun RM berapa? Walhal banyak lagi bebanan lain yang terpaksa di tanggung oleh ibu bapa untuk perbelanjaan dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, sedarlah bahawa semua manusia yang hidup di muka bumi ini tidak mampu untuk membayar kekuasaan Allah SWT.

Berbalik kepada memori ceriter sebenar aku pada hari ini..ada lucu, ada duka, ada lawak dan ada jugak membuatkan aku stres tak tentu hala. Awal pagi aku keluar dari DS, niatnya nak pergi hantar Toshiba masuk wad, lepastu nak pegi Aslam Niaga beli Kopi Habbatus Sauda’ & lepas tu nak stay di OSC ada kelas jam 2 petang. Sebelum nak kuar DS, bergayut dulu dengan umi & abah bertanya khabar. Alhamdulillah semuanya sihat belaka. Bila nak start SS195F, tengok meter minyak dah sampai max E. Check tangki memang sah minyak tinggal sedikit je lagi…Jadi, niat nak short cut p Inanam ikut jalan sebelah UA di batalkan sebab kena p isi minyak dulu di Petronas Tebobon. Bayar RM5 terus rempit go to Tele-Dynamics Toshiba at Inanam. Dengan dukacitanya Laptop kena masuk wad, buat keluar RM100 dari purse & then terus jalan go to KF. Tawakkal ja la moga-moga dia dapat siap cepat. Banyak lagi asgment ku kena hantar bulan ni. Apa-apa pun ynag terjadi ar-redho…

SS195F mendarat di KF, nasib malang Aslam Niaga tutup hari nie…malas nak contact Kak NaNi yang sedang bercuti, aku terus pam tayar di One motor pastu singgah di Pustaka Aslam pun jadila…Bercerita sekejap dengan Kak Asiah, buat kad kehalian, beli badge, n xbeli buku sebab minggu lepas dah beli 2 buah buku (Diari Hidup Rasulullah & La Tahzan khas untuk Muslimah). Dah nak masuk zohor rempit lagi pegi OSC. Alhamdulillah sampai di OSC belum lagi masuk waktunya.

Aku datang kelas awal menanti lecturer sambil siapkan apa-apa benda yang patut aku selesaikan dengan segera. Jam 2.20 En. Ghani datang dan terus mencapai mic. membuat pengumuman. “hari nie kita terpaksa jugak teruskan midterm, sebabnya minggu lepas ramai lecturer yang buzy dan jadual yang sangat pad jika dibuat pada minggu seterusnya. Jam 2.45, kita mula midterm, sekarang ni bahannya masih di print. Sekarang ni kamu study dulu, nanti kertas sampai kita mula ok?” dengan itu, semua kelam kabut check balik nota-nota yang lepas. Sedang syok jawab exam, ada seorang perempuan menjerit sambil berlari menyelamat diri, teruk jugakla aku ni dengan katak pun nak takut. Ish3…x patut2x…aku apa lagi turut bangun menyelamat diri…tapi xtahu apa lagi puncanya. Rupa-rupanya ada katak melompat dalam kelas DKP B1, huhuhu…fobia dah aku nak duduk di meja depan ni. Dalam keadaan berdebar takut ada katak melompat lagi, terpaksa jugak aku teruskan untuk menjawab Midterm ni sampai habis.

Selesai solat Asar, bergegas lagi menuju ke KK. Tujuannya ke Celcom Center untuk tolong sahabat bayarkan Sewa Broadbandnya. Tengah syok layan motor, tiba-tiba bakul motor plak tercabut, mungkin muatan melebihi koutanya kot. Perjalanan diteruskan, cucuk duit d bank yang berdekatan, sebelum melangkah masuk ke pejabat Celcom tu..terlintas di fikiran nak bukak beg ada bawa atau tidak slip @ kad celcom untuk di buat pembayaran, malang sekali lagi benda tu semua tertinggal di DS. Jam tepat 5.45 petang. Dengan perasaan hampa dan hiba aku bergegas menuju ke Surau Nur E-man untuk belajar bahasa Arab. Sebelum masuk kampus, singgah sebentar di Alam Mesra repair bakul motor yang tercabut. Setelah setel, Alhamdulillah free…

Rempit lagi go to kolej Excellent, sampai je di muka pintu masuk Surau, ada notis yang berisi “Assalamualaikum, harap maaf kelas bahsa Arab pada hari ini di batalkan, harap maklum.” Sudah 2 kali kelas ni tertangguh, tapi xpa…faham jugak situasi ustaz macamana. Tergerak hati nak pegi OSC, Alhamdulillah ada halaqah di sini, bleh la join sekejap sambil tunggu waktu masuk Isyak.

Apa yang saya nak simpulkan di sini bahawasanya, pengaturan Allah SWT itu lebih hebat berbanding dengan perancangan manusia. Sebagai hambanya, kita mestilah menerima dengan hati yang lapang di dalam setiap apa yang telah Allah SWT aturkan kepada kita. Yakinlah bahawasanya, semua yang berlaku itu ada hikmah yang kita perolehi di sebaliknya.

Ok, stop dulu setakat ni…entah apa-apa la aku merepek ni…tapi xpa hati puas. Insyaallah, segala-galanya untukmu Ya Allah.

Thursday, February 11, 2010

"DIleMa NaQib" ~Berundur Dalam Baribadah~

Bismillahirohmanirohim...

"Naqib…….”, kedengaran suaranya yang lemah melalui telefon.

“Ramai yang keluar hujung minggu ini”, katanya lagi.

Naqib dapat mengagak mesej yang cuba disampaikan.

“Apakah kamu bersedih?” soal Naqib.

“Sedikitlah. Tidak ramai yang dapat hadir. Muka yang biasa, tiada. Apa kata ditangguhkan pada minggu hadapan”, dia mencadangkan.

“Sedikit atau ramai bukanlah motivasinya. Mereka keluar mecari ilmu. Mereka yang tinggal di dalam juga perlukan sesuatu. Kita teruskan sahaja dengan apa yang ada”, Naqib memberikan keyakinan.

“Baiklah. Kita teruskan!”, suaranya kembali ceria.

Debaran Sebelum Bermula

Setiap kali sebelum bermula, Naqib pasti berdebar dan tertanya-tanya. Berapa ramailah agaknya yang bakal turut serta.

Astaghfirullah. Serahkan semuanya pada Allah.

Naqib serta sahabat-sahabatnya telah berusaha. Jauh sekali ingin memaksa, sebaliknya memberikan pilihan serta kebebasan penuh pada mereka agar kehadiran lahir dari dalam diri.

Jam menunjukkan masa yang dijanjikan untuk bermula. Alhamdulillah, ada yang sudah tiba. Jelas kali ini tidak ramai seperti biasa. Namun syukur kepada Allah kerana angka 20 sudah cukup memeriahkan suasana. Paling penting ialah hati-hati yang hadir dan berkumpul pada ketika itu ikhlas keranaNya.

Beberapa individu sempat bertemu Naqib menunjukkan muka. Memohon maaf kerana tidak dapat turut serta.

“Maaf tidak dapat join kali ini”, ujarnya.

“Tiada siapa yang bersalah”, ujar Naqib dalam senyuman dan bersalaman.

Jangkitan Budaya Memberi

“Mengapa agaknya kita lakukan aktiviti ini setiap kali” tanya Naqib kepadanya.

“Ruang untuk memberi serta menerima. Ruang untuk santai dan berfikir hal-hal seharian kita lalu mengaitkannya dengan Maha Pencipta”, jawabnya ringkas.

“Tepat sekali. Justeru, apakah pantas berundur kerana jumlah kehadiran yang sedikit? Atau mungkin kerana cabaran-cabaran lain yang pelbagai, bisikan syaitan dan manusia?”, soal Naqib lagi.

Dia diam. Mungkin terkenangkan perbualan di telefon.
“Berakviti sebegini ibarat memberi. Memberi adalah satu ibadah. Justeru, kita bukannya ingin berlawan. Ibadah bukan untuk menyakitkan siapa-siapa. Bahkan untuk menunaikan ibadah, hati perlu tenang dan ikhlas agar Allah terima. Moga-moga kita akan lebih rancak berlumba-lumba dalam kebaikan. Moga-moga, semangat untuk memberi ini tersebar lalu berjangkit pada orang lain pula”, Naqib memberikan pendapat.

“Apabila semua orang beraktiviti positif, bukankah mudah kerjanya”, dia menamatkan bicara.

Setiap tindakan kita perlu jelas tujuannya. Apabila bertindak, perlulah bijak serta penuh tanggungjawab. Kelak setiap tindakan akan meninggalkan kesan yang perlu kita berhadapan dengannya.

Tindakan yang dimulakan dengan niat ikhlas pasti dipermudahkan sekalipun terbentang cabaran. Usahlah gusar.

Andai jumlah bilangan yang hadir itu melemahkan, masakan tentera Badar al-Kubra tetap terus melangkah ke medan perang.


* sumber: Iluvislam

Tuesday, January 12, 2010

~INDAHNYA TUDUNG VS HELMET SS195F~



“Macam-macam...nampak baik, dah bertudung litup, tapi perangai...huh!” kedengaran seorang pakcik mengeluh.
“Kalau macam tu lebih baik tak pakai tudung. Tak hipokrit!” sampuk seorang lelaki yang lebih muda di sebelahnya.
“Sebab tulah agaknya sekarang ada pihak yang beranggapan pakai tudung ni tak wajib. Malah haram pulak, pada sesetengah keadaan...” kata pakcik tadi membalas.
“Ha, ustaz, dari tadi diam saja. Ada apa-apa komen?” jolok lelaki muda yang duduk bersebelahan saya. Entahlah, kenapa dia memanggil saya “ustaz”, mungkin kerana songkok yang saya pakai agaknya.
Saya diam. Senyum, sambil melirik jam tangan. Lambat lagi. Bas yang ditunggu dijadualkan tiba setengah jam lagi. Bolehlah berbual panjang. Topik ini hot juga. Mungkin keletah dua orang gadis bertudung dengan pasangan masing-masing di bangku hadapan tidak jauh dari tempat kami duduk itu meransang muzakarah tidak rasmi itu, tanpa segan silu, dua orang gadis itu beraksi dengan gaya yang menjolok mata dengan pasangan masing-masing.
“Pakai tudung ni macam pakai topi keledar,” jawab saya perlahan.
“Aik, ke situ pulak? Kita bukan bercakap tentang keselamatan jalan raya tapi tentang akhlak, tentang moral.” Balas lelaki muda,

“Topi keledar menjaga keselamatan nyawa, tudung pulak menjaga keselamatan akhlak.”
“Oh, Kalau betul begitu, kenapa tudung tak dapat menyelamatkan akhlak wanita yang memakainya?” katanya sambil menjeling kepada kedua-dua gadis di depan.
“Sama seperti topi keledar juga. Ada keadaan-keadaan tertentu yang topi keledar pun tak mampu menyelamatkan nyawa pemakainya. Pelumba haram, pemandu laju dan pemandu cuai semuanya memakai topi keledar, tapi berkecai juga kepala bila dilanggar,” kata saya.
“Maksud ustaz?”
“Ada yang lebih penting dari sekadar topi keledar untuk menyelamatkan nyawa pemandu motorsikal. Antaranya, memandu secara berhati-hati, jangan terlalu laju, mematuhi peraturan jalan raya, tidak mengantuk atau tidak memandu dalam keadaan mabuk.”
“Emm, apa kaitan semua tu dengan tudung?”
“Nak jaga akhlak tak cukup dengan hanya bertudung. Ada yang lebih penting lagi. Umpamanya, menjaga tingkah laku, tutur kata, pandangan mata, pergaulan, selain masa dan tempat wanita itu berada,” jawab saya.
“Cuba ustaz beri contoh…”
“Kalau hanya bertudung, tapi tingkah laku liar, pergaulan bebas, pandangan mata tak dikawal, keluar hingga jauh malam, berada di tempat maksiat, maka tudung pun takkan mampu untuk menjaga maruah dan akhlak si pemakai,” Kata saya.
“Kalau begitu, di mana kelebihannya bertudung ini?” sentak lelaki muda itu tiba-tiba.
“Macam pakai topi keledar juga. Ia memberi perlindungan, sebab macam mana pun kita berhati-hati, mematuhi undang-undang, kekadang terjadi juga kemalangan. Bukan disebabkan kecuaian kita tapi kecuaian orang lain. Waktu tu siapa yang bertopi keledar mungkin kurang sedikit risikonya.”
“Tapi tudung sekarang macam-macam. Ada pelbagai fesyen…”
“Macam topi keledar juga. Ada macam-macam. Ada yang mencapai piawaian keselamatan. Ada yang tidak. Kekadang gaya sahaja yang lebih, bahannya rapuh. Yang malangnya, topi keledar dah baik tapi cara pakai pulak tak kena, talinya dibiarkan longgar, atau main sangkut-sangkut saja.”

“Maksud ustaz?” Tanya pakcik tua yang semakin berminat.

“Pakai tudung dan tutup aurat ni adalah dua perkara yang berbeza. Ramai yang bertudung, tapi tak tutup aurat. Tutup aurat ada konsepnya, ada falsafahnya. Ia dibuat atas dasar iman, cara dan perlaksanaannya pula mengikut syariat dan tujuan akhirnya untuk mencapai akhlak. Tapi pakai tudung ni macam-macam. Mungkin niatnya nak glamour, nak cantik, nak bergaya…”

“Salahkah bertudung nak cantik? Kan islam tu indah?” balas lelaki muda.
“Tak salah tetapi bukan itu tujuan utama. Yang utamanya nak ikut perintah ALLAH. Atas dasar iman. Kemudian dibuat dengan menepati syariat. Mana yang patut ditutup, ditutup. Labuh dan singkatnya semua hendaklah menepati syariat. Dengan itu barulah terpelihara akhlak pada wanita yang menutup aurat. Dan selamat dia dari gangguan!” balas saya agak panjang.
“Tapi bagaimana pula orang yang kata bertudung tak wajib tu? Mereka kata, mereka ada dalil juga.”
“Orang yang kata tudung itu wajib pun ada dalil juga. Apa nak disusahkan?”
“Tapi orang yang pakai tudung kekadang pandang hina orang yang tak bertudung.” Usik lelaki muda.

“Orang bertudung mungkin boleh menghina orang yang tak bertudung. Tetapi orang yang menutup aurat, jika benar-benar dia menghayati konsep menutup aurat, dia tidak akan sesekali memandang hina kepada orang yang tidak bertudung,” balas saya.
“Macam mana kalau orang yang tidak bertudung akhlaknya lebih baik daripada orang yang tidak bertudung?”
“Bagi saya dia umpama orang yang memandu dengan baik, berhemat dan cermat tetapi tidak memakai topi keledar.”
“Tapi kalau dia rasa memakai topi...eh,eh...tudung tu tidak wajib? Macam mana?”
“Tak salah ikut ukuran dia. Tetapi tengoklah di mana langit dia pijak. Di mana langit dia junjung. Kalau di Malaysia ni, tak pakai topi keledar salah di sisi undang-undang. Sekalipun dia memandu dengan baik, tetap salah kalau tidak bertopi keledar!”



p/s: Perkongsian dari buku “Nota Hati Seorang Lelaki”