Friday, April 2, 2010

...INDAHNYA CINTA @ NAFSU SEMATA-MATA....

Bismillahirohmanirohim...

Utusan 2 Mac melaporkan: Sebanyak 75,299 kes perceraian direkodkan di seluruh negara pada 2007 dan 2008 termasuk kes-kes tertunggak bagi tahun-tahun sebelumnya. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 64,631 kes dicatatkan pada 2007 yang turut melibatkan tunggakan kes tahun-tahun sebelumnya, manakala sebanyak 10,668 kes dilaporkan tahun lalu.

Harian Metro pula melaporkan: Mengaibkan apabila semakin ramai remaja perempuan beragama Islam di negara ini kehilangan dara pada usia muda. Lebih membimbangkan, segelintir mereka berbangga dengan status itu dan beranggapan remaja yang masih dara sebagai kelompok ketinggalan zaman.

Dan Harakah Daily 16 Feb juga turut melaporkan: Jumlah anak tanpa bapa di Malaysia mencecah 257,411 orang sekarang, sama hebat dengan ancaman penyakit selsema burung atau aedes, kata Senator Muntaz Mohd Nawi. Beliau ketika merasmikan program Hi-Tea anjuran Dewan Muslimat PAS Bayan Baru di Dewan Orang Ramai Sungai Ara semalam juga membidas dasar kerajaan yang tidak serius menangani permasalah tersebut berbanding ancaman penyakit lain termasuk chikunya.


Mohon maaf, mungkin topik kali ini tidak disenangi oleh semua orang. Anda berhak untuk berhenti membacanya. Walaupun ini adalah perkongsian yang pahit untuk di telan tapi inilah hakikat.
Adam dan Hawa

Manusia pertama yang diciptakan iaitu sang Adam menikmati segala yang indah di syurga. Namun Baginda tetap berasa sunyi dan 'kehilangan'. Akhirnya Hawa diciptakan untuk menemani Adam. Barulah Adam berasa lengkap dan sempurna. Mereka bahagia di syurga dan kemudiannya kerana cintanya kepada Hawa, akhirnya mereka dihukum turun ke bumi. Manusia pertama dan kedua adalah lelaki dan wanita. Saling memerlukan dan saling melengkapi. Masa terus berlalu dan sehingga kini, lelaki dan wanita masih saling memerlukan antara satu sama lain. Masing-masing ada tarikan yang tersendiri. Wallahua'alam.

Kenapa Nikah

Masing-masing pasti ada jawapan yang tersendiri. Kadang-kadang bila niat menyeleweng, bukan bernikah kerana mencari keredhaan Allah, tapi bernikah kerana ingin bermegah-megah, bernikah kerana ingin memuaskan nafsu, bernikah kerana seronok melihat orang lain bernikah, bernikah kerana terpaksa, bernikah kerana ingin memiliki si dia semata-mata, maka masjid yang terbina mudah benar runtuh, terjadilah penceraian. Ramai yang bernikah tanpa berfikir panjang, bernikah dalam keadaan mental dan fizikal yang tidak bersedia, kewangan yang tidak stabil, bernikah tanpa ilmu dan pengetahuan yang cukup menjadi antara sebab punca terjadinya sesebuah penceraian. Wallahua'alam.

Kisah Cinta

Semalam saya mendapat panggilan telefon dari seorang teman lama. Alhamdulillah. 14 Mac ini dia akan mendirikan rumahtangga. Saya gembira untuknya. Panggilan itu juga berjaya mengimbas kembali 'cerita lama'. Bukan untuk mengaibkan si dia, namun saya rasa elok dikongsikan di sini agar dapat menjadi pengajaran dan iktibar buat kita semua. Dia saya namakan A dan bakal suaminya adalah B. A adalah bekas teman serumah saya. Mula-mula bekerja, saya mencari bilik untuk di sewa dan akhirnya melalui iklan yang di tampal di 7E, saya ditakdirkan berkenalan dengan A. Mula-mula berkenalan, A seorang yang bebas bersosial, ramai kawan lelaki dan bebas keluar dengan sesiapa sahaja. Saya juga tak pernah melihat dia solat. dan malangnya waktu itu saya juga kurang kesedaran dalam perkara 'amar makruf nahi munkar'. Sekadar melarang berbasa basi sahaja. A pernah putus cinta. Melalui ceritanya, bekas kekasih dia C ada perempuan lain, dan sebelum ini mereka tinggal bersama/bersekedudukan serta pernah di tangkap basah. Barulah A berpindah ke rumah kami sekarang. Awal-awal saya menetap dengan A, dia sudah bercinta dengan D, tapi turut keluar dengan lelaki lain X, Y, Z (infiniti). Pernah sekali dia lambat datang haid, dia kelam kabut mencari bekas kekasihnya C, buat pregnancy test dan sebagainya. (timbul sedikit syak wasangka..kata ex, tapi masih berhubung ke?) wallahua'alam. Di pendekkan cerita, A bertemu dengan B dan mula serius. B seorang yang baik akhlak. Kerja stabil dan senang mata melihat. Dan beransur2 A mula berubah-positif. Saya mula melihat dia membeli selendang, dan ada masanya dia solat. Alhamdulillah. Lega saya melihat perubahan dia. Dan bila ingin keluar dengan B, A suka menayangkan telekung yangg akan di bawa bersama. Menunjukkan mereka keluar bersama dan solat bila tiba waktunya. ALhamdulillah. sejuk hati saya melihat perubahan positif itu.


Pecah Tembelang

Namun, suatu hari kedua-duanya cemas dan meminta pandangan dari saya. "Kak as, camne nih, A buat pregnancy test td, positif"..Astagfirullahalazim....bagai batu menghempap kepala saya. Rupanya dalam 'baik' mereka.. Ada 'rahsia' yang tersembunyi. dan petangnya si B yang innocent itu juga turut bertemu saya. "Apa nak buat ni Kak As, dah cakap dah dengan A taknak, dia cakap ni last," Si B dengan muka kusutnya meluahkan perasaan, dan saya sedar. Si B telah diperangkap oleh si A secara halus untuk memilikinya.

Seks dan Cinta

Wanita sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan cinta, tapi si lelaki pula sanggup berbuat apa sahaja untuk seks. (tak semua). Si A yang lebih 'berpengalaman' telah merenggut teruna si B. Dan akhirnya berjaya 'mengikat' si B. Atas rasa cinta dan lain-lain sebab, mereka akhirnya merancang untuk berumah tangga. Happy ending tapi ini cuma kes terpencil.

Selepas tembelang mereka pecah, A berpindah keluar dari rumah, diam tanpa berita hinggalah semalam dia kembali menghubungi saya untuk memaklumkan berita gembira tentang pernikahannya. Saya benar-benar gembira untuknya. Setidak-tidaknya dia tidak lagi bergelumang dengan maksiat. Naauzubillah.

Pengalaman kenal dengan ramai orang mendedahkan saya dengan pelbagai 'cerita'. Ada satu lagi kisah. Si wanita, T, yang sudah 'tiada dara' berjaya mendapat cinta si S dengan cara yang serupa. Tiga hari berkenalan, sudah rela hati mengikut si S balik ke rumah dan bila lelaki dan wanita berduaan di sebuah bilik, pastinya ada yang ketiga lalu terjadilah maksiat yang hina. Astaghfirullahalazim..

Bukan itu sahaja, saya pernah kenal dengan seorang gadis, waktu itu dia di tingkatan lima. Saya mengenalinya semasa bekerja part time sewaktu cuti semester. "Kak as, kalau saya ajak dia tidur camne yer?dia nak tak?" Astaghfirullahalazim....ke situ pulak dia fikir. Buaya mana tolak bangkai dik oii..Betapa 'dara' di pandang remeh oleh si gadis. Betapa zina di anggap 'benda biasa' di zaman milennium ini. Naauzubillah..

Teringat zaman pengajian saya di universiti. Pelajar lelaki dan wanita tinggal serumah, pelajar lelaki keluar masuk rumah pelajar wanita, dan ada juga yang 'kantoi' di bilik asrama dan dewan kolej. Astagfirullahalazim..satu kes yang paling gempar semasa saya di universiti adalah seorang naqibah bertudung labuh di tangkap berkhalwat dengan pasangannya di bilik komputer kolej..Aduh~!!Apa lagi yang kurang?

Malang bagi si Juliet yang gagal dalam mengejar cinta. Bukan saja kehilangan 'harta yang paling berharga', lebih dari itu, mereka melakukan dosa besar, kedua-duanya di kenakan tindakan disiplin oleh pihak kolej/universiti, menanggung malu yang tidak terhingga, dan bertambah malang pula apabila si Romeo tidak mahu bertanggungjawab dan menolak untuk bernikah. Hasilnya, si Juliet terpaksa berhenti belajar dan si Romeo pula kembali ke unviversiti semula selepas di gantung tanpa riak rasa bersalah..

Wahai hawa, kenapa harus kita yang menjadi mangsa? "Wanita umpama sebuah rumah yang penuh dengan harta yang bernilai. Jika kita ingin melindungi harta itu, kita sepatutnya mengunci rumah itu dengan sebaik mungkin dan sebaliknya terjadi jika kita membiarkan pintu rumah sentiasa terbuka, pasti sesiapa saja akan dapat menceroboh dan merampas harta yang bernilai itu...pilihan terletak di tangan kita..Wallahua'alam."


Kesimpulan

Seks dan zina bukanlah perkara remeh dan tidak boleh di pandang enteng. Seharusnya gejala tidak sihat ini di bendung dan di banteras. Jika terus dibiarkan ia ibarat barah yang merosakkan sesuatu bangsa dan agama. Jika ia terus di biarkan, sesebuah institusi pernikahan tidak lagi dipandang tinggi. Susur galur keturunan dan nasab juga menjadi celaru. Anak luar nikah kian bertambah. Kes pengguguran dan buang bayi pula meningkat. Dosa dan pahala dipandang ringan. Syurga dan neraka bagaikan tiada beza. Kita sayang keturunan kita. Kita sayang agama kita. Kita sayang bangsa dan negara kita. Tapi bagaimana kita ingin mengatasi permasalahan ini? Adakah memadai dengan memeluk tubuh dan menggelengkan kepala?

"Janganlah kamu mendekati zina bahawa sesungguhnya ia (zina) adalah kejahatan dan keji perjalanannya"

"Bahawa sesungguhnya solah (sembahyang) itu (berupaya) mencegah (yang mendirikannya) dari melakukan perkara yang keji dan mungkar"

Sedetik dua detik, saya berfikir sendirian..harus bagaimanakah percaturan ini ingin diteruskan?Semoga Tuhan terus memberikan kekuatan dan petunjuk, kepada saya dan seluruh umat manusia.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya"

(Mereka berdoa dengan berkata):

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
[Al-Baqarah: Ayat286]

Sekian, Wallahua'alam.




P/S: buat diri sendiri dan sahabat-sahabat yang berada di luar sana...

Sumber: iluvislam.com



Sunday, March 14, 2010

Indahnya KEKASIH LAMAku...

Bismillahirohmanirohim...

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT, masih mengurniakan pelbagai nikmat untuk masih kekal hidup di buminya ini. Nikmat paling tinggi adalah nikmat iman dan nikmat islam yang merupakan nikmat yang tidak boleh di dapati di mana-mana tempat sekalipun. Ia tiada di tepian pantai, ia tiada di pasaraya, ia tiada di tepi jalan raya, dan ia tidak boleh di jual beli seperti aku jual topup pada sahabat-sahabat sekalian.

Dalam sendu ada suka, dala tawa ada duka, dalam riang ada sedih. Dalam kehidupan ini, aku tidak boleh di uji oleh Allah SWT. Aku sering cuba gagahkan diri untuk bangkit bila mana aku di uji dengan berbagai-bagai ujian. Dalam keadaan emosi ku yang tidak stabil, dalam fikiran yang melayang-layang, dalam keadaan diri yang terhuyung-hayang kepenatan pulang dari kerja, aku mendapat panggilan telefon dari nombor yang aku tidak kenali.

Brother: Hello, S!#! F@&@# bercakap?

Aku: Ya saya. Kenapa?

Brother: saya dari Tele-Dynamics Toshiba Centre bercakap.

(Aku mula teringat dengan Brother yang aku jumpa tempoh hari di kedai tersebut, aku mula tersenyum kerana sudah rindu sangat dengan kekasihku sebab sudah seminggu aku tidak jumpa dengannya.)

Brother: macam ni sebenarnya Miss, aku nak beritahu laptop Toshiba kamu ni boleh di baiki dengan bayaran RM 1750.00. Sebabnya laptop kamu ni mengalami kerosakan motherboard(betul ke eja ni).

Aku: ok, tq bro. (nada mula perlahan menahan sebak yang tertahan lagi…masa tu hanya Allah sahaja yang tahu perasaanku).

(Dalam keadaan emosi diri yang tersangat frust, aku terus merempit SS195F balik ke DS. Sambil rempit air mata tidak dapat ku tahan dari mengalir laju. Aku cuba untuk cover, takut orang nampak, terus aku memecut laju untuk sampai cepat di Taman yang ingin di tuju.)

Ya ALLAH, apakah ini benar-benar ujian darimu untuk hambamu yang lemah ini? Adakah aku sanggup dan tabah untuk menerima ujian ini dengan hati yang tenang dan berlapang dada dengan apa yang engkau beri ini Ya Allah? Aku cuba Ya Allah, Aku sedar siapa aku di sisimu Ya Allah, aku harus kuat, aku harus tabah, aku harus Yakin dengan mu Ya Allah, apa yang engkau beri ini adalah apa yang wajar aku terima untuk aku Ya Allah. InsyaALLAH aku redha dengan apa sahaja ujian yang engkau berikan padaku ini Ya Allah. Cuma, perasaanku masih juga tidak tenang bila mana keadaan emosi diri yang berada dalam memang tidak berada dalam keadaan stabil pada ketika dan saat ini. Persoalan yang masih bermain di benak fikiranku:

  1. Perlukan aku bersedih dengan kehilangan kekasihku ini?
  2. Perlukan aku menangis menatap pemergian kekasihku ini?
  3. Perlukan aku meluahkan perasaan ini pada semua orang?
  4. Perlukah aku aku mencari pengganti kekasihku yang baru?
  5. perlukah aku bagitau masalah ini pada ibu bapaku?
  6. Mampukah aku meneruskan perjuangan ini tanpa kekasihku sebagai teman perjuangan ku?
  7. Di manakah sahabat-sahabat ku yang sudi menjadi tempat untuk aku berkongsi rasa?

Monday, March 1, 2010

INDAHNYA HIDUP DI BUMI ALLAH SWT.

Bismillahirohmanirohim…

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT, aku masih lagi di beri kesempatan untuk menikmati udara segar yang di anugerahkan dari Allah SWT kepada semua umatnya di muka buminya ini…Nikmat udara ini bukan sahaja dikecapi oleh umat ISLAM sahaja. Akan tetapi, nikmat udara ini di kurniakan untuk semua manusia yang hidup di dunia ini tidak kira apa agamanya, apa warna kulitnya, di mana dia tinggal dan apa jua jenis harta yang di miliki olehnya. Pernahkah kita terfikir, jikalah udara itu mempunyai nilai harga yang telah di tetapkan, tidak hairanlah ada ramai insan di dunia ini meninggal dunia kerana tidak mampu membeli udara untuk di hirup. Walaupun kadar harga yang di kenakan sangat rendah iaitu 1sen satu sedutan. Tetapi, mampukah kita hanya bernafas 100 sedutan dalam satu hari RM berapa? Seminggu RM berapa? Sebulan RM berapa? Setahun RM berapa? Walhal banyak lagi bebanan lain yang terpaksa di tanggung oleh ibu bapa untuk perbelanjaan dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, sedarlah bahawa semua manusia yang hidup di muka bumi ini tidak mampu untuk membayar kekuasaan Allah SWT.

Berbalik kepada memori ceriter sebenar aku pada hari ini..ada lucu, ada duka, ada lawak dan ada jugak membuatkan aku stres tak tentu hala. Awal pagi aku keluar dari DS, niatnya nak pergi hantar Toshiba masuk wad, lepastu nak pegi Aslam Niaga beli Kopi Habbatus Sauda’ & lepas tu nak stay di OSC ada kelas jam 2 petang. Sebelum nak kuar DS, bergayut dulu dengan umi & abah bertanya khabar. Alhamdulillah semuanya sihat belaka. Bila nak start SS195F, tengok meter minyak dah sampai max E. Check tangki memang sah minyak tinggal sedikit je lagi…Jadi, niat nak short cut p Inanam ikut jalan sebelah UA di batalkan sebab kena p isi minyak dulu di Petronas Tebobon. Bayar RM5 terus rempit go to Tele-Dynamics Toshiba at Inanam. Dengan dukacitanya Laptop kena masuk wad, buat keluar RM100 dari purse & then terus jalan go to KF. Tawakkal ja la moga-moga dia dapat siap cepat. Banyak lagi asgment ku kena hantar bulan ni. Apa-apa pun ynag terjadi ar-redho…

SS195F mendarat di KF, nasib malang Aslam Niaga tutup hari nie…malas nak contact Kak NaNi yang sedang bercuti, aku terus pam tayar di One motor pastu singgah di Pustaka Aslam pun jadila…Bercerita sekejap dengan Kak Asiah, buat kad kehalian, beli badge, n xbeli buku sebab minggu lepas dah beli 2 buah buku (Diari Hidup Rasulullah & La Tahzan khas untuk Muslimah). Dah nak masuk zohor rempit lagi pegi OSC. Alhamdulillah sampai di OSC belum lagi masuk waktunya.

Aku datang kelas awal menanti lecturer sambil siapkan apa-apa benda yang patut aku selesaikan dengan segera. Jam 2.20 En. Ghani datang dan terus mencapai mic. membuat pengumuman. “hari nie kita terpaksa jugak teruskan midterm, sebabnya minggu lepas ramai lecturer yang buzy dan jadual yang sangat pad jika dibuat pada minggu seterusnya. Jam 2.45, kita mula midterm, sekarang ni bahannya masih di print. Sekarang ni kamu study dulu, nanti kertas sampai kita mula ok?” dengan itu, semua kelam kabut check balik nota-nota yang lepas. Sedang syok jawab exam, ada seorang perempuan menjerit sambil berlari menyelamat diri, teruk jugakla aku ni dengan katak pun nak takut. Ish3…x patut2x…aku apa lagi turut bangun menyelamat diri…tapi xtahu apa lagi puncanya. Rupa-rupanya ada katak melompat dalam kelas DKP B1, huhuhu…fobia dah aku nak duduk di meja depan ni. Dalam keadaan berdebar takut ada katak melompat lagi, terpaksa jugak aku teruskan untuk menjawab Midterm ni sampai habis.

Selesai solat Asar, bergegas lagi menuju ke KK. Tujuannya ke Celcom Center untuk tolong sahabat bayarkan Sewa Broadbandnya. Tengah syok layan motor, tiba-tiba bakul motor plak tercabut, mungkin muatan melebihi koutanya kot. Perjalanan diteruskan, cucuk duit d bank yang berdekatan, sebelum melangkah masuk ke pejabat Celcom tu..terlintas di fikiran nak bukak beg ada bawa atau tidak slip @ kad celcom untuk di buat pembayaran, malang sekali lagi benda tu semua tertinggal di DS. Jam tepat 5.45 petang. Dengan perasaan hampa dan hiba aku bergegas menuju ke Surau Nur E-man untuk belajar bahasa Arab. Sebelum masuk kampus, singgah sebentar di Alam Mesra repair bakul motor yang tercabut. Setelah setel, Alhamdulillah free…

Rempit lagi go to kolej Excellent, sampai je di muka pintu masuk Surau, ada notis yang berisi “Assalamualaikum, harap maaf kelas bahsa Arab pada hari ini di batalkan, harap maklum.” Sudah 2 kali kelas ni tertangguh, tapi xpa…faham jugak situasi ustaz macamana. Tergerak hati nak pegi OSC, Alhamdulillah ada halaqah di sini, bleh la join sekejap sambil tunggu waktu masuk Isyak.

Apa yang saya nak simpulkan di sini bahawasanya, pengaturan Allah SWT itu lebih hebat berbanding dengan perancangan manusia. Sebagai hambanya, kita mestilah menerima dengan hati yang lapang di dalam setiap apa yang telah Allah SWT aturkan kepada kita. Yakinlah bahawasanya, semua yang berlaku itu ada hikmah yang kita perolehi di sebaliknya.

Ok, stop dulu setakat ni…entah apa-apa la aku merepek ni…tapi xpa hati puas. Insyaallah, segala-galanya untukmu Ya Allah.

Thursday, February 11, 2010

"DIleMa NaQib" ~Berundur Dalam Baribadah~

Bismillahirohmanirohim...

"Naqib…….”, kedengaran suaranya yang lemah melalui telefon.

“Ramai yang keluar hujung minggu ini”, katanya lagi.

Naqib dapat mengagak mesej yang cuba disampaikan.

“Apakah kamu bersedih?” soal Naqib.

“Sedikitlah. Tidak ramai yang dapat hadir. Muka yang biasa, tiada. Apa kata ditangguhkan pada minggu hadapan”, dia mencadangkan.

“Sedikit atau ramai bukanlah motivasinya. Mereka keluar mecari ilmu. Mereka yang tinggal di dalam juga perlukan sesuatu. Kita teruskan sahaja dengan apa yang ada”, Naqib memberikan keyakinan.

“Baiklah. Kita teruskan!”, suaranya kembali ceria.

Debaran Sebelum Bermula

Setiap kali sebelum bermula, Naqib pasti berdebar dan tertanya-tanya. Berapa ramailah agaknya yang bakal turut serta.

Astaghfirullah. Serahkan semuanya pada Allah.

Naqib serta sahabat-sahabatnya telah berusaha. Jauh sekali ingin memaksa, sebaliknya memberikan pilihan serta kebebasan penuh pada mereka agar kehadiran lahir dari dalam diri.

Jam menunjukkan masa yang dijanjikan untuk bermula. Alhamdulillah, ada yang sudah tiba. Jelas kali ini tidak ramai seperti biasa. Namun syukur kepada Allah kerana angka 20 sudah cukup memeriahkan suasana. Paling penting ialah hati-hati yang hadir dan berkumpul pada ketika itu ikhlas keranaNya.

Beberapa individu sempat bertemu Naqib menunjukkan muka. Memohon maaf kerana tidak dapat turut serta.

“Maaf tidak dapat join kali ini”, ujarnya.

“Tiada siapa yang bersalah”, ujar Naqib dalam senyuman dan bersalaman.

Jangkitan Budaya Memberi

“Mengapa agaknya kita lakukan aktiviti ini setiap kali” tanya Naqib kepadanya.

“Ruang untuk memberi serta menerima. Ruang untuk santai dan berfikir hal-hal seharian kita lalu mengaitkannya dengan Maha Pencipta”, jawabnya ringkas.

“Tepat sekali. Justeru, apakah pantas berundur kerana jumlah kehadiran yang sedikit? Atau mungkin kerana cabaran-cabaran lain yang pelbagai, bisikan syaitan dan manusia?”, soal Naqib lagi.

Dia diam. Mungkin terkenangkan perbualan di telefon.
“Berakviti sebegini ibarat memberi. Memberi adalah satu ibadah. Justeru, kita bukannya ingin berlawan. Ibadah bukan untuk menyakitkan siapa-siapa. Bahkan untuk menunaikan ibadah, hati perlu tenang dan ikhlas agar Allah terima. Moga-moga kita akan lebih rancak berlumba-lumba dalam kebaikan. Moga-moga, semangat untuk memberi ini tersebar lalu berjangkit pada orang lain pula”, Naqib memberikan pendapat.

“Apabila semua orang beraktiviti positif, bukankah mudah kerjanya”, dia menamatkan bicara.

Setiap tindakan kita perlu jelas tujuannya. Apabila bertindak, perlulah bijak serta penuh tanggungjawab. Kelak setiap tindakan akan meninggalkan kesan yang perlu kita berhadapan dengannya.

Tindakan yang dimulakan dengan niat ikhlas pasti dipermudahkan sekalipun terbentang cabaran. Usahlah gusar.

Andai jumlah bilangan yang hadir itu melemahkan, masakan tentera Badar al-Kubra tetap terus melangkah ke medan perang.


* sumber: Iluvislam