Tuesday, December 30, 2008

WaNiTa SoLeHaH





Hadis: wanita yang solehah itu lebih baik daripada seribu lelaki yang tidak soleh.
Hadis: Dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
Beribadah bersungguh-sungguh kepada Allah SWT
 Sabar dalam menempuhi ujian dari Allah dan dalam mengerjakan perintah-perintahNYA.
 Sentiasa menghalusi hati & perbuatannya walau dimana ia berada.
 Tidak jemu-jemu berusaha mengajak ahli keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah.
 Hiasi diri dengan sifat malu & akhlak mulia.
 Redha dengan suami yang telah dijodohkan denganya oleh Allah.
 Menghormati suami,ibu-bapa serta keluarga suami.
 Berusaha menjadi isteri yang taat kepada suami sehingga tidak bercanggah dengan syariat.
 Tidah mengkhianati harta suami, kehormatannya, tempat tidurnya atau sebagainya ketika suami tidak ada.
 Mendoakan keselamatan & kesejahteraan suami dunia & akhirat.
 Tidak sekali-kali menunjuk muka masam @ berlaku kasar terhadap suami.
 Sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan berwangi-wangian ketika suami berada dalam rumah.
 Tidak keluar rumah tanpa izin suami.
 Sentiasa memohon maaf @ bertaubat jika melakukan kesilapan @ kesalahan.


Sumber: Disalin dari dinding DS

Saturday, December 27, 2008

Sahabat Ku Sayang

"Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau.."

Sumber kata-kata: Khalifah Umar bin Abdul Aziz

Friday, December 26, 2008

AKAL WANITA SETIPIS RAMBUTNYA...



Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mencari walaupun ada segalanya,
Apa yang tiada di dalam syurga, Namun Adam rindukan Hawa,
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok
Untuk diluruskan oleh lelaki,
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok akan menghasilkan
Bayang yang lurus,
Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t.
Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya,
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta nanti mereka akan leka,
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikkan, nanti mereka semakin menderita,
Kenalkan mereka dengan Allah s.w.t yang kekal,
Akalnya setipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu,
Hatinya serapuh kaca, kuatkan ia dengan iman,
Perasaannya selembut sutera, hiasi ia dengan akhlak,
Suburkanlah ia kerana di situlah nantinya mereka akan lihat nilaian
Dan keadilan Tuhan
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan itu bukan satu kelemahan,
Ia bukan diskriminasi Tuhan,
Sebaliknya di situ kasih sayang Tuhan,
Wanita yang lupa hakikat kejadian pasti tidak akan terhibur
Dan menghiburkan,
Tanpa iman, ilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus,
Bahkan akan terus membengkok,
Pasti dunia lelaki menjadi huru-hara,
Lelaki pun janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata,
Tapi binalah kepimpinan,
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi,
Pimpinlah dirimu kepada-Nya,
Jinakkan segala-galanya di bawah pimpinanmu,
Jangan mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahrah,
Jika dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karramallahuwajhah.

SUMBER:
Nukilan dari
 Nor Hayati Mohamed 

Wednesday, December 24, 2008

BEZANYA MUSLIMIN & MUSLIMAT


Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita. Sistem badan lelaki dan wanita pun tak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarkan menjadi tenaga.

Kulit lelaki lebih kasar,kulit perempuan lebih halus. Perempuan lebih halus suaranya berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza kerana wanita diciptakan tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan manakala wanita menggunakan pengamatan luas dan membesar.

Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpukan kepada sesuatu objek. Manakala pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka dan menampakkan sesuatu benda. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama.

Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank.Di dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan wanita ada dompet duit, kad kredit, buku bank,buku cek, alatan mekap, cermin,sikat,tisu muka, pengetip kuku, kunci, pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon dan macam-macam lagi.

Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka. Apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar. Pada lelaki, cukup dengan lesen dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli dan lesen untuk memandu supaya selamat daripada disoal polis.

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu tidak hairanlah apabila suami isteri melihat banyak perkara secara berbeza. Contohnya suami isteri yang kedua duanya berkerja, mereka terpaksa keluar dari awal pagi.Dalam banyak hal, wanita berkerja paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah,yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala isteri memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa yang hendak ambil, anak belum pakai baju lagi. Kalau boleh dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya. Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan isteri ke kompleks membeli belah, si isteri apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia lihat banyak benda dahulu. Satu persatu, perlahan- lahan, dari atas ke bawah, kain itu dipegang, diperhatikan, diselkan, kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli. Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagai lelaki apabila hendak membeli sesuatu,terus tuju ke tempat yang hendak dibeli dan terus membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukan wanita mengamati sesuatu yang berbeza daripada lelaki. Sebab itu jangan bergaduh selepas membeli-belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri pula jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta. Tanpa mahu mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan pelbagai lagi untuk di bawa ke rumah pengasuh.

Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya saling bantu- membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang, jangan disebabkan oleh perbezaan pada cara berkasih sayang antara seorang lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh-puluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita, maka kita lebih berkasih sayang.kerana itu, kita berbeza supaya lebih sayang menyayangi.