Thursday, August 27, 2009

~AnDai InI RamDHaN KAu yaNG TERakhiR~


Bismillahirohmanirohim...


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu siangnya engkau sibuk berzikir tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu....


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu' tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin" (sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam)


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih... berqiamullail... bertahajjud... mengadu... merintih... meminta belas kasih "sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi... aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU" .



Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang mari kita meriahkan Ramadhan kita buru...kita cari...suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir mempersiap diri...rohani dan jasmani menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan ....lorong-lorong redha Ar-Rahman Duhai Ilahi....


Andai ini Ramadhan terakhir buat kami jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri... menerangi kegelapan hati kami menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti Namun teman... tak akan ada manusia yang bakal mengetahui apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA...


ANDAI BENAR INI RAMADHAN YANG TERAKHIT BUAT KU MAAFKANLAH SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN SEPANJANG AKU HIDUP DI DUNIAMU INI YA ALLAH...

Sunday, August 16, 2009

JOM COLLING DAN CHATTING :-)

Bismillahirohmanirohim

Selepas habis je bergayut dengan Abah, saya on laptop T@zh#$* untuk meneruskan perjuangan. Banyak perkara yang Abah bebelkan selepas sekian lama tidak berhubung. Malam ni, tak dapat nak bergayut dengan umi, umi di rumah, dan abah pula berada di posisi majlis tahlil, arwah Ayah kepada sahabat rapat Abah yang meninggal dunia beberapa hari yang lalu, Innalillahiwainna hilaihirojiuuun...Hari ni dekat 2 minggu dah saya tidak col kampung untuk bertanya khabar. Anak apela la saya ni, bila sibuk sikit je dah x ingat umi dan Abah. Tapi, sebenarnya...saya ada masalah hp, tiba-tiba je dia wat hal xblh nak contact, sebab tu la terpending nak col mana2 pihak. Harap sangat umi dan abah memahami masalah anaknya ni, harapnya umi dan abah tak merajuk la sebab susah tau nak nak pujuk, tambahan lagi saya duk jauh di perantauan ni. Semoga umi dan abah berada di dalam lindungan Allah SWT. Tanpa mereka siapalah kita, Redho mereka Redho Allah jua...
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi...posisi aya sekarang ni berada di kawasan sekitar yang berdekatan dengan Pantai Tangjung Aru. Angin malam yang sejuk begitu mencengkam menusuk masuk hingga ke tulang hitam membuatkan diri ini betul-betul teruji.
Sambil-sambil duk explore tugasan-tugasan yang agak bersawang dalam laptop ni, Allah buka pintu hati untuk mencoret sesuatu di alam maya. Peringatan bersama sebelum diri sendiri terkena rasukan syaitan.

Satu persoalan yang perlu dibincangkan ialah ramai yang mencari pasangan dan mencari teman dengan chatting. Apakah prinsip Islam yang perlu kita pegang dalam hal ini? Hal ini sudah menjadi lumrah hari ini terutamanya di kalangan remaja, tanpa mengira apakah batas yang ada pada Islam supaya aspek moral tidak diabaikan.

Seperti yang diketahui, segala jenis peluang samada negatif atau positif terdapat dalam teknologi moden. Walau apa pun, yang jelas muslimin dan muslimat tanpa mengira umur turut menggunakannya lantas bertanggungjawab kepada Allah S.W.T. yang telah memberi kita segala kemudahan dan kemewahan teknologi. Kita tidak boleh tersasar daripada panduan yang Allah S.W.T. telah gariskan.

Internet chatting sebenarnya sama seperti menulis surat kepada seseorang ataupun menelefon seseorang ataupun sebenarnya adalah kombinasi kedua-duanya. Muslimin dan muslimat perlu mengikut batas-batas yang telah ditetapkan ke atas percakapan dengan telefon ataupun menulis surat.


Islam tetap mengharamkan penulisan surat-surat cinta ataupun perbualan yang intim dalam perbualan telefon antara muslimin muslimat yang bukan muhrim antara satu sama lain.Di dalam perbualan, penulisan ataupun chatting , kita mesti menegakkan sifat HAYA' ataupun malu.

Muslimin muslimat tidak diizinkan berchatting hanya untuk bersosial ataupun sebagai hobi. Adalah haram untuk muslimin muslimat yang bukan muhrim berchatting dalam jangka masa yang panjang kecuali keharusan untuk perniagaan ataupun pendidikan. Semua bentuk interaksi hendaklah sopan. Al-Qur'an telah mengingatkan kita berulang-ulang kali bahawa semua perkataan akan dicatat oleh para malaikat dan kita akan dipertanggungjawabkan ke atas perkataan yang telah kita gunakan nanti. (sila rujuk AL-AHZAB 33 Ayat 70 & QAF 50 ayat 18).

Jika seseorang itu bertemu dengan seseorang melalui internet dan berniat untuk berkahwin, hendaklah ia melibatkan orang lain ataupun ibu bapa dalam berchatting. Hendaklah orang lain itu melakukan siasatan dan rundingan bagi pihaknya. Bukankah lebih baik jika chatting itu ditemani orang lain? Islam mengharamkan Khalwah (duduk bersunyi) di antara muslimin muslimat yang bukan muhrim. Dalam hal ini, khalwah secara virtual boleh terjadi dengan perbualan melalui internet ataupun telefon. Sebagaimana diharamkan bersunyi-sunyian dalam keadaan fizikal, begitu juga bercakap melalui telefon atau chatting, lebih-lebih lagi interaksi itu berkaitan perkara yang peribadi.

Kita juga harus berhati-hati sebelum diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsu akan faedah yang kononnya wujud dalam berchatting dengan golongan yang bukan muhrim atau seseorang yang entah diketahui siapakah dirinya yang sebenar. Kekadang kita tidak sedar sedang ditipu dan diperdaya dengan nama-nama samaran serta lakonan orang yang sedang berchatting.

Bukankah Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: ( Daripada tanda keelokkan ataukesempurnaan imannya ialah ia meninggalkan apa yang tiada sangkut paut dengan dirinya) Hadis Riwayat Tarmizi.

Sama-samalah kita memikirkannya...FIKIR-FIKIRKAN, RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL!!!

Thursday, August 13, 2009

~DIRIKU BANYAK DOSA YA ALLAH~

~Bismillahirohmanirohin~
Salam Takziah buat keluarga Allahyarham Muhamad Asri Bin Ibrahim. Rasa tersentak bila mendapat berita daripada sahabat serumah yang mengatakan Ustaz Asri kumpulan Rabbani meninggal duia pagi tadi. Innalillahiwainnahilaihirojiuun...Semoga Allah menempatkan arwah bersama-sama dengan orang yang beriman. Pada pagi khamis yang mulia lagi indah dan damai ini, seorang hamba Allah telah pergi lebih awal untuk mengadap ilahi, untuk diri ini tidak lama lagi akan di jemput oleh Allah SWT jua...
Pada petang khamis, seperti biasa rutinku adalah rempit dengan menaiki kuda hijau gagah perkasa menuju ke Tangjung Aru untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Mendarat di Tangjung Aru tepat jam 2.50 minit petang(Alhamduillah selamat), terus bergegas menuju ke lif naik ke tingkat 6.
Hari ni, mood untuk membebel pada Amirah hilang. Aku tidak dapat mengenalpasti apa pucanya, mungkin masih memikirkan ujian yang di terima seawal subuh tadi lagi. Sampai sekarang masih tertanya-tanya apa puncanya benda ni boleh berlaku. Jadi, kesimpulanya aku biarkan sahaja Amirah buat latihan Sains sampai habis. Kesian Amirah naik boring budak tu di buatnya. Kesan dari dosa kakaknya, adiknya plak yang jadi mangsa hu3...
Ya Allah,Permudahkan urusanku,
Demi redha dan keampunanMu semata-mata Ya Allah,
Hidupkan aku dengan Iman,
Matikan aku dengan Iman,
Masukkan aku ke syurga dengan Iman,
Ya AllahAmpuni aku Ya Allah,
Kurniakan kebaikan kepada ku
Jauhkan aku dari kemurkaanMu dan keburukan duniaYa Allah...
Ameen Ya Rabbal A'lameen...

Wednesday, August 12, 2009

*KEMANISAN BERJUANG*

Setiap perjuangan memerlukan pengorbanan,
Setiap pengorbanan memerlukan ketabahan,
Ketabahan memerlukan keikhlasan
Dan Keikhlasan hanya datang dari hati...
Setiap detik itu perjuangan,
Perjuangan yg memerlukan pengorbanan,
Tiada pengorbanan tanpa kerelaan,
tanpa keikhlasan,
semuanya menuntut erti pengertian
yang hanya sang diri mengetahui.
Bila usia diambang kematangan,
menuntut seribu pengorbanan n taklifan,
Hanya kekuatan pengharapan pada Tuhan,
Semoga diri sentiasa diberi kekuatan dalam setiap perjuangan,
Kerana perjuangan menuntut seribu pengertian...
Pengertian dalam diri...

Wednesday, August 5, 2009

KEPIMPINAN : SATU MUHASABAH

Bismillahirohmanirohim...
Salam Pertemuan kembali di alam maya...sedikit catatan yang di taip balik setelah membaca artikel di Majalah Wanita Islam iaitu Muslimah. Perkongsian bersama iaitu tentang tanggungjawab kepimpinan yang di wahyukan kepada para Nabi dan Rasul seperti yang dijelaskan oleh al-Syeikh Mustafa Masyhur dalam al-Qiyadah wal-Jundiyyah adalah seperti berikut:

  1. Objektif Islam untuk di amalkan dalam kehidupan, membangunkan Islam sebagai cara hidup yang komprehensif.
  2. Memelihara tujuan dan medan gerakan dengan semua konsekunsinya tanpa melupakan satu dari aspeknya. Islam adalah satu kesatuan yang memiliki berbagai dimensi yang saling menyempurnakan, tanpa ada pemisahan.
  3. Aspek tarbiyah ahli yang perlu dijaga, kerana ia adalah satu asas keutuhan, tanpanya tidak dapat mewujudkan generasi penerus pewaris dan pendukung kerja-kerja amal.
  4. Pendidikan buat generasi umat islam, jangan di sibukkan dengan kegiatan yang melalaikan seperti lumba kereta, lumba suara dan kecantikan.
  5. Memberi penekanan khusus buat wanita dan remaja, target jangka masa panjang dan pendek.
  6. Mendampingi ahli ilmu agar mendapat pengetahuan yang jelas terhadap sesuatu isu, contohnya untuk pembangunan rumah, berapa bilik yang perlu ada. Ini di namakan keperluan asas.
  7. Menjalankan tanggungjawab dakwah kepada berbagai bangsa. Dahulunya contohnya PERKIM di tubuhka untuk target jangka masa pangjang agar golongan bukan islam memahami islam dan bukan memusuhinya.
  8. Menyedarkan umat islam kepentingan berurusniaga. agar dimulia dan tidak selama-lamanya bergantung kepada dana kerajaan.
  9. Semasa memikul tanggungjawab ini hendaklah menyusun satu plan yang dapat menyelesaikan masalah. Ini mencakupi kajian terhadap masalah, tujuan, tahap, jalan penyelesaian, kemungkinan-kemungkinan yang berlaku.
  10. Memilih pembantu yang dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
  11. Hendaklah menyusun waktu dan urusannya dengan efficient.
  12. Mengemukakan satu pendapat sahaja berkaitan syariat Islam dalam masalah furu'iyyah yang ada padanya khilafiyyah. Pada hari ini kita ada badan yang bertanggungjawab mengeluarkan fatwa seperti JAKIM, perlu kita merujuknya.
  13. Membahagikan masa dengan baik dalam urusan keluarga, pentadbiran dan aktiviti kemasyarakatannya.
  14. Elakkan konflik dengan pangdangan orang lain selagi dapat di elakkan.
  15. Jika merasakan tanggungjawab itu dapat dilaksanakan oleh orang lain degan cara yang lebih baik, maka hendaklah di serahkan kepimpinan itu kepadanya.
  16. Mengambil pendekatan komunikasi dengan cara yang paling mudah.
  17. Berusaha meningkatkan ilmu diri ke kursus jangka pendek, bergaul dengan ahli ilmu, menghadiri kelas agama dan sebagainya.