Tuesday, February 10, 2009

15 CIRI INSAN BERGELAR SAHABAT...


*Insan yang paling dekat untuk luahkan perasaan suka dan duka.
*Insan yang memahami diri kita, perasaan, dan kehendak kita.
*Insan yang jujur dan ikhlas melakukan sesuatu yang termampu dan terbaik pada kita tanpa syarat dan mengharapkan balasan daripada kita.
*Insan yang membela dan menutup aib, kesalahan, dan kesilapan kita kepada orang lain tetapi pada masa yang sama menegur dan menasihati kita di belakang mereka.
*Insan yang menerima diri kita sama ada baik dan buruk tanpa sebarang syarat dan alasan.
*Insan yang sanggup berkirban masa, tenaga, buah fikiran, dan wang ringgit demi kebahagiaan kita. Adakalanya sanggup menghadapi nyawanya kerana kita.
*Insan yang jujur dan sabar dalam menegur, menegah, dan menasihati kita daripada melakukan perkara-perkara yang buruk dan yang dilarang oleh agama.
*Insan yang menjadi sumber inspirasi, peniup semangat, dan pemberi motivasi apabila kita kecewa, patah semangat dan menyerah kalah.
*Insan yang dijadikan tempat untuk tempat untuk meluahkan segala permasalahan hidup dan perasaan kita.
*Insan yang boleh menyimpan rahsia kita dan boleh dipercayai tanpa membocorkannya kepada orang lain.
*Insan yang menjadi tempat bergurau-senda berhibur dan bergelak ketawa bersama kita.
*Insan yang sentiasa menyokong, pembakar semangat kita untuk terus berjaya dalam sesuatu aktiviti, bidang atau pekerjaan.
*Insan yang sedia mengajarkan ilmu, kemahiran, dan pengalamannya kepada kita tanpa sebarang syarat.
*Insan yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan kita setiap kali selepas solat.
*Insan yang sentiasa mengingati dan merindui kita. Sukar atau mustahil dapat melupakan kita sepanjang hidupnya.

Sunday, February 1, 2009

ADAB-ADAB BERDOA




FIRMAN ALLAH S.W.T YANG BERMAKSUD, “…ATAU SIAPA YANG MEMPERKENANKAN (DOA) ORANG YANG DALAM KESUSAHAN APABILA IA BERDOA KEPADA-NYA, DAN YANG MENGHILANGKAN KESUSAHAN DAN MENJADILAN KAMU (MANUSIA) KHALIFAH DI BUMI? ADAKAH DI SAMPING ALLAH ADA TUHAN (YANG LAIN)? AMAT SEDIKIT KAMU MENGINGATI-NYA.”(Surah al-Naml ayat 62)


Apabila ingin memohon sesuatu yang dihajatinya kepada Allah s.w.t, hendaklah kamu melakukan doa itu sebaik-baiknya denga memelihara adab-adab seperti di bawah ini.



  1. Pada waktu-waktu yang mulia (afdal) seperti hari Jumaat, hari Arafah, bulan Ramadan dan waktu satu pertiga sebelum berakhirnya malam.

  2. Dalam keadaan yang mulia seperti kita sedang bersujud dalam sembahyang, sebelum dan sesudah menunaikan solat, ketika hati berasa tenang dan bersih daripada gangguan syaitan dan ketika menghadap kaabah.

  3. Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri kepadaNYA bersungguh-sungguh kepada Allah s.w.t.

  4. Berdoa dalam kedudukan menghadap kiblat

  5. Memuji kebesaran Allah s.w.t sebelum berdoa. “Selayaknyadoa itu dimulai dengan kalimah tahmid (puji-pujian) dan disudahi dengan kalimah tahmid juga,”(Hadis an-Nawawi)

  6. Merendahkan suara iaitu dengan menggunakan suara perlahan agar samar-samar dari pendengaran orang di sisi kita.

  7. Menggunakan kata-kata yang sederhana, sopan dan tepat mengenai sesuatu yang di hajati dalam doa tersebut. Sebaiknya menggunakan doa-doa yang di ajarkan Rasulluallah s.a.w.

  8. Khusyuk agar jiwa kita yang halus ini sentiasa merasai kebesaran dan kehebatan Allah s.w.t.

  9. Ulangi doa yang dihajati sebanyak dua tiga kali dengan harapan Allah s.w.t akan memakbulkannya.

  10. Yakin doa itu akan diperkenankan Allah s.w.t dan reda jika Allah memakbulkannya.