Saturday, March 12, 2011

"Aku musafir di bumi Tuhan..Perantau Hina di negeri Orang"

Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engkau yang tahu

Ingatan UMI DAN ABAH
Janganlah menghiris hatimu
Kerinduan desa nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Diwaktu ujian badai terus melanda
Engkau tetap gigih berjuang
Membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah ISLAM gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang

Oh pejuang di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada tuhan
Kasih sayang dan pembelaan-Nya

Bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, keluarga dan seluruh kehidupan kepada Allah.