Tuesday, June 30, 2009

S.A.H.A.B.A.T K.U S.A.Y.A.N.G

~Bismillahirohmanirohim~
Salam Minggu Suai Mesra 09/10 buat semua pejuang, penggerak, pembantu, penolong, dan segala-galanya pe........ucapan tahniah dan takziah buat semua. Hanya ucapan terima kasih yang mampu kuhulurkan buat mereka yang bergerak secara langsung atau tak langsung. Segala titik peluh yang keluar sangatlah bernilai. Semua itu tidak mampu untuk di bayar dengan wang ringgit. Akan Tetapi semua bergantung pada niat kita semua jugak kan...sama ada Beramal kerana Alllah atau beramal kerana dapat elaun, baju free, makan free dan ape-ape je yang free kan...atau ikut PSM ni kerana di paksa oleh mana-mana pihak???Tepuk dada tanya IMAN, kalau tanya selera memang nak makan je...HARI2 TIDO,HARI2 MAKAN,KWANG3....Ambo xnak menuduh mana-mana pihak. Cuma di sini, Ambo sebagai sahabat anda semua ingin selalu ingat mengingati antara satu sama lain. Pesanan ini khas ditujukan buat pemunya blog Achik Aidiks...Ya allah Ya tuhan Yang Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani...Hamba mu ini amat berdosa pada mu YaAllah...Hamba ini amat kerdil dan lemah di sisi mu Ya Allah, Hambamu ini tidak mampu untuk menjalankan amanahmu dengan baik, Aku memohon petunjuk darimu Ya Allah, semoga aku,i bu bapaku, sahabat-sahabatku, kaum muslimin dan muslimat berada di jalan yang benar Ya Allah...Ameen Ya Rabbal A'lameeen...

Thursday, June 18, 2009

~TAZKIYYATUNNAFSI~

...Bismillahirohmanirohim...

Insya Allah...buat ingatan bersamaMendidik hati merupakan perkara yg paling penting didalam proses utk menjadi orang mukmin yang bertaqwa .Semua lapisan masyarakat tidak terlepas dari tanggungjawab tersebut, sama ada golongan miskin, kaya, pemimpin rakyat, tua atau muda.
Tiga proses yg mesti ditempuhi ialah :
1. Takhalli( Membersihkan diri dari segala sifat-sifat mazmumah )
2. Tahalli (Menghiasi diri dari dengan segala sifat-sifat mahmudah)
3. Tajalli (Merasai hasil dari mujahadah)
Di antara kejernihan hati yg lahir di tgh-tgh kehidupan orang yang memiliki hati yang jernih ialah: .
• Spontan timbul rasa malu kepada Allah kerana terasa diawasi dan diperhati oleh Allah Ta’ala

• Spontan timbul rasa takut dan hebat kepada Allah kerana terasa berada di dalam kekuasaan Allah Ta’ala. Terasa pada hatinya Allah boleh berbuat apa sahaja pada dirinya seperti miskin, sakit, mati dan seumpamanya.

• Spontan rasa berdosa dan menangis seorang diri ketika keseorangan kerana takut dosa dosanya tidak diampun oleh Allah.

• Tidak menangguh- nangguhkan urusan dengan Allah seperti mana menjalankan syariat- Nya.

• Kalau ia mendapat kejayaan atau nikmat hatinya sentiasa terasa bahawa ia semua adalah pemberian Allah bukan kemampuan dirinya sendiri.

• Bila mendapat pujian hatinya tidak senang sbb pujian itu tidak layak utk dirinya dan ia boleh merosakkan rasa kehambaannya.

• Tidak bangga dengan nikmat, tidak gelisah dengan bala ujian Hati kehambaannya sentiasa merasakan dirinya serba kekurangan dan mengharapkan bantuan dr Allah.

• Ketika berhadapan dgn seorang yg memarahinya dia tidak melawan dgn sikap marah dan tidak lawan bertengkar sekalipun dia benar.

• Beramal dan beribadah betul-betul kerana Allah bukan mendapat pujian, sanjungan dan syurga atau takutkan neraka ttp demi rasa kehambaan yg menebal di sanubari dan banyak lagi kejernihan hati yang dimiliki oleh orang yang telah dapat mendidik hatinya.

Monday, June 15, 2009

MuSaFIr HiNa kE Log pONd

-Bismillahirohmanirohhim-

Segala puji bagi Allah S.W.T dan junjungan Nabi Muhammad S.A.W yang telah mengurniakan rahmatnya di dunia yang fana ini…tanpaNya tiadalah kita di dunia yang indah ini…
Sedikit pengalaman yang di perolehi semasa menjadi musafir hina di Bumi Peladang. Bumi ini yang boleh di katakan sudah cukup banyak peladang2 yang hebat belaka untuk melahirkan, menternak dan menjaga peliharaannya agar berada di batasan dan landasan perjuangan ISLAM yang sebenar serta di redhoi oleh Allah S.W.T (InsyaAllah). Doaku semoga sahabat-sahabat di sini agar istiqomah dan mampu apa sahaja melawan dan mengharungi segala apa jua mehnah dan tribulasi yang datang melanda.


Perjalanan ke Bumi Peladang ini bermula pada tanggal 5 Jun 2009, iaitu tepat pada jam 8.00 malam, diriku memulakan perjalanan sorang diri tanpa di temani oleh mana2 sahabat pun! Alhamdulillah perjalanan F bermula dengan lancar tanpa sebarang masalah kerosakan atau masalah penumpang yang terlewat.

Peristiwa dalam Bas-5 jun 2009

Aku sebenarnya sangat berlapang dada dan sedikit senang hati pada malam 2, kerana perjalanan ku ke tawau 2 d redhoi dan d luluskan oleh bosku (abah n umi). Pada awalnya, perjalananku berada di zon yang sangat selesa, sebabnya di kerusi ku itu, aku duk sorang2 syak! Wah…dari awal lagi, aku dah berangan la ni dapat duduk dengan gaya bebas mengikut rentak aku semaksimum yang mungkin. Alasannya, sebelum perjalanan 2 badanku telah sedikit penat, kerana terpaksa menyetelkan sedikit sebanyak beberapa urusan sebelum meninggalkan DS. Jadi, dalam bas 2 dapatla F merehatkan sedikit badan untuk memberikan ku tenaga agar masih ku mampu untuk berjuang pada keesokannya…Akan tetapi, semua angan2 tadi tidak menjadi kenyataan…Sampai di separuh perjalanan, tiba2 sorang cowok naik dan duduk di sebelah F, automatic ba aku terus terbangun dan mintak dengan konduktor bas untuk tukar tempat duduk ku…tapi dia bilang semua seat dah penuh…pastu aku tengok pasangan masing2 yang duduk (InsyaAllah semuanya yang sudah di jamin halal). Jadi, apala kudrat yang F ada untuk melawan lagi, terpaksa akur dengan keadaan pada malam itu. Hanya Allah sahaja yang Maha mengetahui Segalanya...

Cabaran dinihari-6 jun 2009

Alhamdulillah tepat jam 5 pagi, penerbangan F selamat mendarat di terminal Tawau. Walaupun perjalanan agak tidak menyeronokkan, terpaksa ku tempuhi dengan berlapang dada, aku yakin semua yang berlaku pada malam itu ada hikmah di sebaliknya. Akibat kerimasan dan ketakutan yang melanda alam diri, menyebabkan kepala F mula naik pening dan sangat mual, maklumla kaku langsung xbleh nak bergerak ba… Semasa pening2 turun dari bas, aku ternampak sorang adik muslimin yang macam gaya menunggu seseorang (ndak tau namanya sbb x smpat nak ta’aruf). Jadi, tanpa segan F meminta adik 2 jagakan beg F dan sebuah TV (kak mila punyer). Selepas menanyakan kedudukan masjid di Bandar Tawau, aku terus bergegas pergi, dalam debaran yang melanda, F gagahkan kaki dan kuatkan semangat untuk berjalan sorang diri pada subuh hari. Dalam hatiku hanya berdoa agar Allah memudahkan perjalananku. Pagi 2 F di bawa oleh kak Jum ke kampung Logpond, untuk menetap di hotel c Arnizah. Misi pertama F dengan Ar pada petang 2 adalah makan 3mangkuk ABC=F+K’mila+Ar, 1Murtabak Jawa=3perut je…



Kena Tipu-7 Jun 2009

Semangat kami kuat pagi tu untuk bangun awal pagi untuk mengisi rohani kuar ke bandar untuk mendengar kuliah hari Ahad bersama Cikgu Nasir. Belum tiba waktu tengahari pun bumi Tawau ni sudah panas terik, kami lajukan langkah agar cepat sampai dan duduk di bahagian depan menadah telinga menerima amanat yang dilontarkan. Sampai sahaja di sana, suasana sunyi sepi tidak ada pun dengar suara. Setelah confirmkan dengan sahabat yang lain…Memang sah! (dibilangnya cikgu B#$%^K ada kuliah pagi tu…). Dengan perasaan bercampur (sedih, suka, duka, marah, geram, lucu, sakit hati). Kuliah pagi tu terpaksa di batalkan atas sebab-sebab yang tertentu. Jadi, tunggu apa lagi…kami pun meredahla lagi panas yang membahang di Bandar tu, sebelum balik ke Log Pond, pekena dulu Ais Teler untuk menurunkan suhu kegeraman masing2…Pada petang tu sempat lagi F melawat rumah k’nani (ketua buli DS). Malam tu dalam kesakitan kepala (cuaca kat tawau panas betul…!kalah kk), F kuatkan semangat untuk mengemas barang2 untuk dibawa ke program KRIS esoknya…










Pengalaman Bermakna KRIS 04 SMK KUHARA -8 hingga11 Jun 2009

Tidak ada apa-apa tenaga @ khidmat yang F sumbangkan di dalam program ni, F sekadar menjadi pemantau n FC jak! Apa yang dapat di simpulkan d cni, banyak input berguna yang di perolehi, sesuai sangat buat diri F yang ketandusan ilmu. F sangat bersyukur kerana masih dikurniakan sahabat yang sudi bersahabat, walaupun pertama kali ku jumpa di bumi Tawau ni. K’Mubina, K’su, K’min, K’santi, Shafrina, mira, Lai, Ramlah, Syamimi, Su, Kusrina, Santi, Husbah n ramai lagi (Asif, den lupo nama). InsyaAllah persahabatan kita akan kekal hingga akhir hayat. Ameen…


Tepat jam 3petang, F+n t geng pulang Ke Tangjung Batu Laut, seusai solat Asar kami menerima jemputan C Ros nak belanja kami makan bakso kat Log Pond, Jadi tunggu apalagi…!F+R+M+Y pi rumah serang rumah Ros untuk menagih simpati untuk belanja kami ber4 makan Bakso…Fullamak…!Memang KAW la Bakso Log Pond.



Muzakarah IPT-12 Jun 2009

Pada awalnya, planning nak balik KK malam ni, tapi hati agak berat nak tinggalkan Tawau. Tiba2 dapat SMS jemputan ke Muzakarah IPT. So, apalagi rezeki di depan mata. Agak full jadual kami pagi tu, Firstly, aku berpindah Hotel ke Teratak c Yun di Taman Ria (nak ziarah family Yun Plak!).
*kami naik bas pi ziarah rumah arwah Siti Aisyah Binti Bakri di Taman Hill Top
-mamaknya tiada di rumah, kami berborak dengan nenek & adiknya jak.
-sebijik muka adiknya Khadijah mirip wajah arwah Aisyah.
-Bapaknya xsempat nak berborak dengan kami sebab nak pergi ‘Friday pray’
-Jam 1.30ptg, bapaknya hantar kami ke kuburan arwah.
-Seusai di kuburan, bapaknya hantar kami ke SMK Kuhara, (ada barang tertinggal, kwa3…)
-Setelah settle, kami ambil bas ke Bandar untuk pergi Hotel Kingston (Muzakarah IPT). Lewat jam 5.45 baru tamat.
-Bergegas keluar untuk tapau ABC sebelum balik rumah, Alhamdullillah tersempak dengan kak Suria dan Akhi Ridhuan tengah menikmati ABC Jagung. Alhamdulillah rezeki, bleh kami tumpang balik rumah, hehehe…





Amplang, Keropok, Tempe dan Belacan – 13 Jun 2009

Terpaksa keluar untuk hari last di Tawau, beli sedikit buah kaki dan tangan untuk DS yang tercinta. Wajib pekena ABC lagi sekali d Sedapcorner sambil online (smp UMS, hampeh, xdapat nak bukak pun…). Pertemuan terakhir dengan K’nani di masjid Al-Mukaramah bagi mencapai visi utama terbang ke Tawau. Setelah ambil apa yang patut dari mantan SU, kami berlari balik pekena lawar dan latok2 d rumah c yun. Fuh… First makan makanan Suluk, mengancam bah…c Mazni xnak berhenti makan, tabik kalah F hari tu…Tepat jam 7.45 malam, kami terbang ke KK dengan seribu langkah kesedihan...Kelewatan sampai d DS jam 11.00 pagi menyebabkan F keletihan untuk mengajar tuisyen Amirah pada jam 2 petangnya.





Jutaan Terima Kasih Buat Keluarga Ar dan Yun

Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa dan budi baik kedua2 keluarga ini…F sangat2 terhutang budi dengan layanan dan keprihatinan yang di berikan. F jugak tidak ketinggalan untuk mendapatkan ilmu dapur dari kedua2 ibu ini. InsyaAllah akan di praktikkan untuk Umi d Kelantan (mesti bangga, cheywah...)

Thursday, June 4, 2009

KRIS, KERIS ATAU KRISS

Bismillahirohmanirohiiim
Salam kebangkitan di alam maya...Alhamdulillah diri ini di pilih oleh ALLAH S.W.T untuk mengabdikan diri di KRIS KK pada julung2 kalinya...tidak banyak tenaga yang di curahkan dalam program ini. Di beri taklifan sebagai fasilitator bagi kumpulan yang ke-7, diri ini merasa kagum dengan semangat para AJK yang bertungkus lumus bagi melancarkan program untuk adik-adik remaja islam yang tersayang.
Ana di kurniakan seramai 8 orang anak buah yang qeut dan comel2 belaka (maaf, xbleh nak post gambar handphone terlalu canggih plak!hu3...)Ada macam2 ragam, macam2 gaya, macam2 bangsa, macam2 cara cakap, macam2 bangsa, tapi yang penting satu aqidah.
Sungguh malang adik-adik ini kerana fc nya berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang (tapi InsyaAllah orangnya xbrapa nak kembang). Berkongsi ilmu dengan adik2 pun bercampur-campur bahasa yang di gunakan...InsyaAllah adik2 ni dapat memahami apa yang diri ini sampaikan, he3...
Semoga segala ilmu yang di sampaikan buat adik-adik ni, di redhoi dan di berkati olehNYA...Ameeen...
*ALLLAH S.W.T TIDAK MELIHAT HASIL & KEJAYAAN...ALLAH S.W.T HANYA MELIHAT PADA USAHA & TINDAKAN KITERRR!!!
Waallahualam...kapan bertemu lagi di alam maya...InsyaAllah