Saturday, October 31, 2009




Bismillahirohmanirohim...

Salam jihad akademik buat semua sahabat yang di sayangi kerana Allah sekalian. ana doakan semua sahabat sudah bersedia dari segi rohani+jasmani+mantel untuk berperang dengan mata pena bagi mencoret, menghurai, menconteng atas helaian kertas putih yang akan di agihkan oleh pengawas peperiksaan pada hari yang telah ditetapkan oleh pihak Hal Ehwal Akademik, UMS.

Buat tatapan Abah dan Umi, doakan achik aidik's semoga terus rajin membaca buku dan tidak mudah tidur jika boring membaca.

Tuesday, October 20, 2009

D pAksA TERpaksa


Bismillahirohmanirohim...

Apa khabar iman hari ni?
Moga sama-sama meningkat iman tanpa menurun walau sedikit...InsyaAllah..
.Sebenarnya ana baru je melepasi proses perubatan dengan seorang ustaz di sebuah Universiti terkemuka di bandar Kota Kinabalu. Sape sakit eh?
Biarlah rahsia..(mcm lgu ct plak)...
yang penting doakan kesihatan untuk yang sakit tu dunia dan akhirat...

Haa..Post ana kali ni bukanlah nak beritahu mengenai sakit, tapi nak beritahu bagaimana besarnya pengorbanan dan kasih sayang umi dan abah..
walaupun ana tahu yang hari ibu dan bapa telah berlalu..
tetapi bagi ana, hari ibu dan bapa adalah setiap hari..dan selama-lamanya...,
Abah dan umi,
Achik tulis ni khas buat abah dan umi..walaupun semua ini tetap tidak dapat membalas jasa dan budi umi dan abah, terimalah post yang tak sberapa ni..
.i just want you know that I always love both of you forever in all my live...


Selepas menjalani beberapa sesi rawatan dengan beberapa doktor dari China dan Jepun, doktor mengesahkan bahawa aku TERpaksa memakai cermin mata untuk membolehkan aku meneruskan sesi pembelajaran dalam bidang Psikologi dengan sempurna tanpa gangguan makhluk asing...jeng...jeng..jeng..

sebenarnyer nak cakap...kpd sahabat2...saya kena pakai spek...
boikotttt...x ske sgt2..dah la rimas..panas..dan mcm2 lg..huhuhhu..
nak wat cmne..dah tua..kne pkai mate empat la plak...nk tgk huruf bhs arab dlm Al-Quran pun nmpak mcm lirik lagu..nnti jdi penyanyi rock susah plak..heheh...
klo x pkai spek sereblum n serebrum akan mengeluarkan warning tone..
.nyut..nyut...
adoiii..

Sunday, October 11, 2009

MUJAHID VS MUJAHIDAH

Bismillahirohmanirohim...
Syukur Alhamdulillah Allah masih memberi nikmat pancaindera iaitu tangan beserta jari jemari untuk menekan keyboard laptop bagi memberi sedikit luahan perkongsian bersama sahabat-sahabat di alam maya.
Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang paling hebat jika dibandingkan dengan makhluk-makhluk ciptaan-Nya yang lain. Sesuai dengan tujuan penciptaannya sebagai Khalifah Allah di
atas muka bumi, manusia telah dibekalkan dengan akal fikiran dan berbagai potensi yang
berbeza bagi membolehkan mereka sentiasa berkembang maju mengikut kemampuan masingmasing.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“…Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian…”.
(Attin:ayat 5)


Keistimewaan yang ada pada manusia adalah kerana wujudnya kombinasi keseluruhan
kejadiannya yang unik, rohnya, jasadnya ,nafsunya, jiwanya, citarasanya, akhlaknya ,budinya,
moralnya, istiqamahnya dan segala yang wujud pada diri manusia, memungkinkan ia menjadi
khalifah di bumi.
Manusia adalah makhluk yang amat berpotensi untuk menjadi sebaik-baik
makhluk. Manusia adalah makhluk yang beradab dan bermoral. Dimana ada manusia, di situ
ada nilai adab dan moralnya. Setiap pergerakkan manusia samada tutur
katanya,fikirannya,pakaiannya,lagaknya,bentuk muka dan keseluruhannya tidak terkeluar dari
hukum adab dan moral yang mengikatnya. Jika baik yang berlaku ke atas dirinya, maka
tinggilah nilai adab dan moralnya. Sebaliknya jika buruk yang dilakukan, maka rendah dan
rosak nilai adab serta moralnya. Justeru itu, secara ringkas dapat dirumuskan bahawa nilai
sebenar manusia itu terletak pada nilai adab dan moralnya.
~SALAM MUHASABAH UNTUK SEMUA MUJAHID DAN MUJAHIDAH~

Wednesday, October 7, 2009

~ALLAH SaaaYaaang KiTeeeR~

Kadang2 byk benda dlm hidup ini terlalu sukar utk kita mengertikan, episod kehidupan kita sejak lahir hinggalah sekarang adakalanya terlalu payah utk kita fahami…ALLAH yg mencaturnya hanya DIA yg mengetahui…

Setiap orang berbeza2 tahap ujian yg di berikan ALLAH kepadanya…ada org sejak kecil hingga besar hidupnya tidak habis-habis di himpit dengan kesusahan, sudah la hidup susah keluarga pula tak bahagia dan ada pula orang yg lahirnya mewah sangat, sudah la hidup mewah dapat keluarga yg bahagia pula tu…

Allahuakbar!!!,hanya ALLAH yang mengetahui apa dia lakukan buat hamba - hambaNYA..kita kena ingat satu hal yg sangt penting, bahawa diri kita ni milik ALLAH. Jadi terserah pada ALLAH utk melakukan apa sahaja pada diri kita…Refresh semula memori kita, apa matlamat kita hidup di muka bumi ini…bukankah tugas kita hanya mengabdikan diri sepenuhnya pada ALLAH???

Jd letakkan matlamat di hadapan barulah kehidupan akan berjalan dgn sempurna…setiap manusia yang menerima ujian dari Allah janganlah mengambil perkara ini sebagai perkara yang negatif. Ketahuilah bahawa bila Allah berikan kita ujian, Allah sayangkan kita, Allah ingin ingatkan kita supaya kita tidak lalai atau ‘lagho’ dengan kehidupan duniawi yang hanya sementara waktu sahaja.

Monday, October 5, 2009

berSYUKURlah atas NIKMAT yang MAHA ESA

Bismillahirohmanirohim...
segala puji bagi Tuhan semesta alam dan selawat dan salam kepa Nabi sa Rasul yang paling mulia, nabi Muhammad S.A.W dan keluarga serta para sahabatnya sekalian.
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.
Ertinya: Tidakkah engkau melihat terhadap orang-orang kafir yang telah menukarkan kesyukuran nikmat Allah dengan kekufuran dan yang telah menempatkan kaum mereka dalam kebinasaan, iaitu neraja Jahanam yang akan mereka menderita bakarannya, dan ingatlah seburuk-buruk tempat tetap ialah neraka Jahanam. (Ibrahim: 28-29)
Faedah-faedah bersyukur adalah:
  1. Allah akan Redha kepadamu sehingga kamu akan memperolehi kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
  2. Pada hari kiamat nanti, Allah akan bertanya kepadamu tentang semua yang kita kecapi hari ini, udara, makan minum, kenderaan dan segala-galanya. Semuanya akan di hisab oleh Allah. Sesungguhnya orang yang bersyukur akan dapat melepasi persoalan tersebut manakala orang-orang yang kufur akan meberima siksa yang amat dahsyat.
  3. Seluruh manusia akan medoakan kebaikan buat orang-orang yang pemurah. Nescaya Allah akan mencurahkan kedamaian dan ketenteraman buat selama-lamanya.