Sunday, June 13, 2010

INDAHNYA SEORANG IBU...

Bismillahirohmanirohim...

Hampir setiap hari, adalah menjadi rutinku untuk meronda-ronda di dalam alam maya untuk mencari, membaca, menghayati dan menghadam isi-isi yang terkandung di dalam bloggers masing-masing. Aku menjelajah dari satu blog ke blog sahabat yang aku kenali dan blog yang tidak ku kenali siapa pemiliknya...mambaca artikel yang di paparkan oleh sahabat-sahabat membuatkan aku ketagih untuk mengunjunginya lebih kerap kerana tidak sabar menanti entri yang terbaru darinya. Moga-moga semua sahabat semua sudi untuk menerima kunjungan dari para tetamu yang tidak di undang ini untuk mengunjungi blog anda semua.

Artikel mengenai ibu ini adalah sebenarnya bertujuan agar terasa lebih mendekatkan lagi ingatanku tehadap umi yang jauh di sana. Moga-moga doa sahaja yang dapat menndekatkan hati aku agar sentiasa berada bersamanya walau jarak skala bumi yang memisahkan. Entri kali ini adalah di ambil dari sahabat yang lain. Tujuannya, untuk memperluaskan dan menyebarkan lagi apa yang baik untuk semua sahabat di luar sana. Ambillah apa yang baik untuk ingatan kita sebagai hamba Allah SWT bersama.

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ...mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau..... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada.....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wan g untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK....RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


Maka fikir-fikirkanlah wahai sesiapa yang bergelar anak...

WaLlahu a'lam.

Wednesday, June 9, 2010

:+Muhasabah Bersama+:

Bismillahirohmanirohim...

Pelbagai masalah yang menimpa umat Islam seluruh hari ini. Tidak kiralah dari segi apa pun sama ada sosial, politik, ekonomi dan segala macam sudut. Kita sebagai umat Islam lebih cenderung menyalahkan pihak lain di atas kelemahan kita sendiri. Bukan semua yang bersifat begini tetapi ada dalam kalangan umat Islam itu sendiri.

Saya cuba berkongsi pendapat saya bersama para pembaca artikel ini. Jika ada salah dan silap boleh ditegur dengan cara yang berhemah seperti mana yang diamalkan oleh junjungan besar kita Rasulullah S.A.W. Ini adalah sekadar pendapat peribadi saya, ianya adalah hasil daripada pengalaman hidup saya yang tidak seberapa ini.

Kita sambung kembali isu yang dibincangkan sebentar tadi. Sebagai contoh dan ini tiada kaitan dengan sesiapa, ramai umat Islam dewasa ini cukup prihatin dalam isu Palestin. Banyak juga pihak sama ada yang beragama Islam atau pun tidak yang telah membantu dari segi bantuan kewangan, pakaian, tenaga dan pelbagai lagi perkara yang dirasakan perlu untuk membantu rakyat Palestin yang menderita.

Tidak kurang juga yang sering berdoa supaya rakyat Palestin diselamatkan dan pihak yang menindas ke atasnya dihancurkan daripada muka bumi ini dan kalau tidak silap saya, doa-doa ini juga sering berkumandang di tempat yang makbul doa seperti di Tanah Suci Makkah dan juga Madinah.

Persoalannya,

Adakah Yang Maha Mendengar tidak mendengar doa kita?

Adakah Yang Maha Mengetahui tidak mengetahui hambaNYA sedang menderita?

Adakah Yang Maha Mengasihani tidak mengasihani hambaNYa?

Adakah Yang Maha Melihat tidak melihat kesengsaraan hambaNYA?

Adakah Yang Maha Berkuasa tidak berkuasa ke atas kekuasaanNYA?

Adakah Yang Maha Pencipta tidak dapat mengawal ciptaanNYA?


Tidak sesekali tidak kerana Allah itu Maha Sempurna tiada tolok bandingnya.

Wahai orang yang Islam, kita cuba lihat kembali dalam diri kita. Sememangnya nama kita Muhammad, nama kita Ahmad, nama kita Abu Bakar, nama kita Umar, nama kita Uthman, nama kita ‘Ali, nama kita Khadijah, nama kita ‘Aisyah, nama kita Fatimah tetapi adakah kita benar-benar beriman?


~TINTA BUAT SAHABAT~

Align CentreBismillahirohmanirohim...


Tika aku kesepian,
Kau datang membawa kegembiraan,
Tika aku kedukaan,
Kau hadir mengubat jiwa,
Tika aku kegelisahan,
Kau di sisi memberi ketabahan.


Sahabat,
Jika aku lupakan Yang Esa,
Ajaklah aku mengingatiNya,
Jika aku gembira tak terkata,
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaranNya,
Jika aku bersedih tanpa bicara,
Pintalah aku agar berserah kepadaNya.


Sahabat,
Kaulah hadiah Allah untukku,
Apa yang aku harapkan,
Adalah ukhuwah yang berkekalan,
Sehingga ke akhir hayat kita.

Ukhuwah fillah abadan abada.