Sunday, October 11, 2009

MUJAHID VS MUJAHIDAH

Bismillahirohmanirohim...
Syukur Alhamdulillah Allah masih memberi nikmat pancaindera iaitu tangan beserta jari jemari untuk menekan keyboard laptop bagi memberi sedikit luahan perkongsian bersama sahabat-sahabat di alam maya.
Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang paling hebat jika dibandingkan dengan makhluk-makhluk ciptaan-Nya yang lain. Sesuai dengan tujuan penciptaannya sebagai Khalifah Allah di
atas muka bumi, manusia telah dibekalkan dengan akal fikiran dan berbagai potensi yang
berbeza bagi membolehkan mereka sentiasa berkembang maju mengikut kemampuan masingmasing.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“…Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian…”.
(Attin:ayat 5)


Keistimewaan yang ada pada manusia adalah kerana wujudnya kombinasi keseluruhan
kejadiannya yang unik, rohnya, jasadnya ,nafsunya, jiwanya, citarasanya, akhlaknya ,budinya,
moralnya, istiqamahnya dan segala yang wujud pada diri manusia, memungkinkan ia menjadi
khalifah di bumi.
Manusia adalah makhluk yang amat berpotensi untuk menjadi sebaik-baik
makhluk. Manusia adalah makhluk yang beradab dan bermoral. Dimana ada manusia, di situ
ada nilai adab dan moralnya. Setiap pergerakkan manusia samada tutur
katanya,fikirannya,pakaiannya,lagaknya,bentuk muka dan keseluruhannya tidak terkeluar dari
hukum adab dan moral yang mengikatnya. Jika baik yang berlaku ke atas dirinya, maka
tinggilah nilai adab dan moralnya. Sebaliknya jika buruk yang dilakukan, maka rendah dan
rosak nilai adab serta moralnya. Justeru itu, secara ringkas dapat dirumuskan bahawa nilai
sebenar manusia itu terletak pada nilai adab dan moralnya.
~SALAM MUHASABAH UNTUK SEMUA MUJAHID DAN MUJAHIDAH~

No comments: