Wednesday, January 14, 2009

KERJA SEBAGAI IBADAH


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

" dengan menyebut nama Allah YAng Maha Pemurah Lagi maha Mengasihani"

Salam pertemuan, salam wasilah ukhwahfillah...buat sahabat-sahabat yang di sayangi kerana Allah SWT...Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ana panjatkan kepada Allah SWT kerana masih memberi peluang kepada ana untuk berkongsi sedikit ilmu ilahi. Ana berharap agar ianya menajadi panduan hidup kepada kita untu dijadikan bekalan menuju ke alam syurga menanti, INSYAALAH...

“Bagaimana Dikatakan Kerja Sebagai Ibadah”
Ada 6 ciri yang perlu ada iaitu:
I. Bidang kerja yang diharus. Kerja-kerja yang haram seperti bekerja di tempat judi, arak danmaksiat tidak dianggap ibadah.


II. Niat mencari rezeki yang halal kerana ALLAH atau mencari keredhaan ALLAH.


III. Buat kerja bersungguh hingga boleh mengeluarkan hasil kerja yang cemerlang.


IV. Doa meminta yang baik-baik.


V. Tawakkal kepada ALLAH iaitu selepas berusaha kita berserah kepada ALLAH untuk memberi kejayaan apa yang diusahakannya.


VI. Redha iaitu menerima apa keputusan dengan kesyukuran walaupun ianya tidak ada apa yang di harapkan. Hendaklah sabar dan berusaha lagi. Kerana segala keputusan adalah itentukan ALLAH walaupun kita telah berusaha bersungguh-sungguh.

Sumber: pamphlet jakmas AB sesi 2006/2007 UMS

No comments: