Wednesday, January 21, 2009

iBu SeRTa 5 bErAnaK sYaHiD SaBtU LepAS-ANGKARA?

Isnin ,19/01/2009 - Ibu bersama 5 anaknya menemui syahid selepas terkena bedilan bom udara di kem Buraij di tengah Gaza menjadikan jumlah syuhada kepada 1151 orang. Sumber perubatan berkata mereka adalah Manal al-Batran, 35, serta anak-anak beliau: Bilal, 2, Izzidin, 3, Iman, 10, Ihsan, 10, Islam, 15 terbunuh dalam bedilan tersebut

Menurut sumber berkenaan 2 lelaki lain menemui syuhada selepas motorsikal yang mereka naiki dibedil oleh Israel di perkampungan Fakahri dan Bani Suhaila.

Eisa Rmeilat, 14, terbunuh serta 6 lagi cedera di kem Shaboura di Rafah manakala 8 lagi cedera di Sofa diceroboh tentera Israel. Bedilan bom udara di di Masjid AMin dan Khaled Ben-al-Walid di Satr al-Gharbi dan Khan Younis menyebabkan kecederaan kepada Nader Abu Rizeq dan anak perempuannya berumur 4 tahun.

Bedilan-bedilan tersebut menggunakan bom yang mengandungi fosforus sejenis bahan kimia yang berupa serbuk putih yang mudah terbakar dibedil dari darat, laut dan udara oleh tentera rejim Zionis.

SEMOGA ALLAH S.W.T MEMBERKATI ROH-ROH SAUDARA KITA YANG TELAH DI TAKDIRKAN MATI DENGAN CARA YANG PALING MENYEDIHKAN SEMUA UMAT ISLAM INI. Ameen...


sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

No comments: