Tuesday, February 10, 2009

15 CIRI INSAN BERGELAR SAHABAT...


*Insan yang paling dekat untuk luahkan perasaan suka dan duka.
*Insan yang memahami diri kita, perasaan, dan kehendak kita.
*Insan yang jujur dan ikhlas melakukan sesuatu yang termampu dan terbaik pada kita tanpa syarat dan mengharapkan balasan daripada kita.
*Insan yang membela dan menutup aib, kesalahan, dan kesilapan kita kepada orang lain tetapi pada masa yang sama menegur dan menasihati kita di belakang mereka.
*Insan yang menerima diri kita sama ada baik dan buruk tanpa sebarang syarat dan alasan.
*Insan yang sanggup berkirban masa, tenaga, buah fikiran, dan wang ringgit demi kebahagiaan kita. Adakalanya sanggup menghadapi nyawanya kerana kita.
*Insan yang jujur dan sabar dalam menegur, menegah, dan menasihati kita daripada melakukan perkara-perkara yang buruk dan yang dilarang oleh agama.
*Insan yang menjadi sumber inspirasi, peniup semangat, dan pemberi motivasi apabila kita kecewa, patah semangat dan menyerah kalah.
*Insan yang dijadikan tempat untuk tempat untuk meluahkan segala permasalahan hidup dan perasaan kita.
*Insan yang boleh menyimpan rahsia kita dan boleh dipercayai tanpa membocorkannya kepada orang lain.
*Insan yang menjadi tempat bergurau-senda berhibur dan bergelak ketawa bersama kita.
*Insan yang sentiasa menyokong, pembakar semangat kita untuk terus berjaya dalam sesuatu aktiviti, bidang atau pekerjaan.
*Insan yang sedia mengajarkan ilmu, kemahiran, dan pengalamannya kepada kita tanpa sebarang syarat.
*Insan yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan kita setiap kali selepas solat.
*Insan yang sentiasa mengingati dan merindui kita. Sukar atau mustahil dapat melupakan kita sepanjang hidupnya.

1 comment:

Muslimin Agung said...

Salam Wasilah Ukhuwah Fillah

Kita selalu mendengar tazkirah namun hati kita terlalu gelap dengan dosa. Kita tidak mengendahkannya. Kita diuji dengan bahana kesusahan dan nikmat kesenangan. Jangan sesali takdirmu dan jangan sombongi nikmat itu. Bersyukurlah dan singkaplah bicara ALLAH di sebalik semua itu. Teruskan perjuangan siasah ke mercu jannah