Salam Perjuangan di Era Akademik yang baru bermula semalam. Kedatangan semester baru ni disambut dengan semangat berkobar-kobar untuk memulakan azam baru bagi tahun 3 dalam semester 5. Syukur Alhamdulillah keputusan peperiksaan semester lalu telah pun di terima dengan hati yang lapang. Redha dengan PNGS dan PNGK yang di telah di putus secara muktamad oleh hamba Allah yang aku tidak tahu siapa. Akan tetapi, belum di lapor oleh bos lagi, kerana mengalami konflik perasaan takut, terharu, segan semua ada nak bagitahu ABAH & UMI. Ya allah, Ya Rahman, Ya Rahim berikanlah hambaMu ini Kekuatan.
Semester lima diri ini diwajibkan untuk mengambil sebanyak 7 subjek yang berjumlah 21 jamkredit.
BELIA BERISIKO
PSIKOLOGI BELIA
PSIKOLOGI ABNORMAL
BELIA DAN MASYARAKAT
UJIAN DAN PENGUKURAN
HAIWAN DAN MANUSIA
PERSEKITARAN DAN PEMULIHARAAN
Semoga semua sahabat-sahabat bergembira dengan mata pelajaran yang di ambil pada semester ini. Perbaharui niat menuntut ilmu kerana Allah SWT, semoga tabah menghadapi semua mehnah dan tribulasi yang melanda diri. Jangan jadikan alasan memperolehi keputusan yang rendah menyebabkan kita futur dalam dakwah.JIHAD AKADEMIK, JIHAD DAKWAH, TAKBIR!!!
No comments:
Post a Comment