Wednesday, July 15, 2009

sURat CIntA PerTaMa

BISMILLAHIROHMANIROHIM...
Syukur Alhamdulillah masih di beri peluang oleh Allah SWT untuk mengisi post bagi blog nurilislam ini. sebelum pengungjung membaca dengan lebih lanjut, di ingatkan bahawa post kali ini adalah tidak beniat untuk membangga diri saya, memalukan, menuduh, menyakitkan hati, membuli, menfitnah mana-mana pihak dengan warkah yang saya terima semasa berprogram TN 09'. Kemanisan dan kenikmatan semasa berprogram masih hangat terasa. Insyaallah akan berkekalan sehingga menemui SYAHID FISABILILLAH.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada hamba Allah yang sudi memberi komen, nasihat dan pesanan kepada diri saya ini. Surat cinta saya kini menjadi 2 iaitu berbentu softcopy dan hardcopy. Saya harap sangat-sanga penulis warkah ini tidak marah kerana menerbitkan di alam maya. Jika marah? cepat-cepat bagi warning pada saya melalui SMS or SHOUTBOX.
Saudari,
ketahuilah, ketika saya menulis surat ini, saya meluahkan semua yang saya rasa terhadap diri saudari. Saya harap saudari dapat menerimanya dengan hati yang terbuka.
Saya amat sayang pada saudari. Dua tahun kita bersama. Banyak yang telah kita tempuh bersama. Sepanjang tempoh itu juga, saya mula mengenali saudari secara perlahan-lahan.
saudari seorang yang boleh memimpin, sebab saudari sangat bertanggungjawab dan komited terhadap tugas-tugas yang di amanahkan. Saya berdoa agar saudari dapat memikul amanah sebagai pimpinan ini dengan penuh rasa mengharap kepada Allah SWT.
Saudari seorang yang baik hati, berakhlak mulia, sabar dan banyak lagi sikap yang baik sepanjang saya mengenali saudari. Syukran jazilan kerana sudi bersahabat dengan saya. Doakan agar kita sama-sama istiqomah dalam jalan perjuangan yang panjang dengan penuh onak duri ini.
Pesanan saya, selaku pimpinan kampus, tingkatkan lagi ilmu sudari berkaitan soal islam ini. Thaqafah, Feqah, Hadis, dan yang lain-lain. Tentang soal yang lai, saya xtau hendak komen sebab saya xnampak keburukan dalam diri saudari. Syukurlah kepada Allah SWT kerana menutup keaiban saudari pada pandangan saya dan sahabat-sahabat yang lain. Ianya salah satu nikmat yang Allah kurniakan pada sudari.
Akhirnya, apa yang paling saya harapkan??
Semoga ukhwah kita berkekalan dan Allah tetap mengurniakan nikmat berjemaah kepada kita dan semoga kita dapat merasai manisnya perjuangan ini sebelum Allah menjemput kita. MENANG @ SYAHID, TAKBIR...

No comments: