
Thursday, August 27, 2009
~AnDai InI RamDHaN KAu yaNG TERakhiR~

Sunday, August 23, 2009
Sunday, August 16, 2009
JOM COLLING DAN CHATTING :-)
Seperti yang diketahui, segala jenis peluang samada negatif atau positif terdapat dalam teknologi moden. Walau apa pun, yang jelas muslimin dan muslimat tanpa mengira umur turut menggunakannya lantas bertanggungjawab kepada Allah S.W.T. yang telah memberi kita segala kemudahan dan kemewahan teknologi. Kita tidak boleh tersasar daripada panduan yang Allah S.W.T. telah gariskan.
Islam tetap mengharamkan penulisan surat-surat cinta ataupun perbualan yang intim dalam perbualan telefon antara muslimin muslimat yang bukan muhrim antara satu sama lain.Di dalam perbualan, penulisan ataupun chatting , kita mesti menegakkan sifat HAYA' ataupun malu.
Jika seseorang itu bertemu dengan seseorang melalui internet dan berniat untuk berkahwin, hendaklah ia melibatkan orang lain ataupun ibu bapa dalam berchatting. Hendaklah orang lain itu melakukan siasatan dan rundingan bagi pihaknya. Bukankah lebih baik jika chatting itu ditemani orang lain? Islam mengharamkan Khalwah (duduk bersunyi) di antara muslimin muslimat yang bukan muhrim. Dalam hal ini, khalwah secara virtual boleh terjadi dengan perbualan melalui internet ataupun telefon. Sebagaimana diharamkan bersunyi-sunyian dalam keadaan fizikal, begitu juga bercakap melalui telefon atau chatting, lebih-lebih lagi interaksi itu berkaitan perkara yang peribadi.
Kita juga harus berhati-hati sebelum diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsu akan faedah yang kononnya wujud dalam berchatting dengan golongan yang bukan muhrim atau seseorang yang entah diketahui siapakah dirinya yang sebenar. Kekadang kita tidak sedar sedang ditipu dan diperdaya dengan nama-nama samaran serta lakonan orang yang sedang berchatting.
Bukankah Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: ( Daripada tanda keelokkan ataukesempurnaan imannya ialah ia meninggalkan apa yang tiada sangkut paut dengan dirinya) Hadis Riwayat Tarmizi.
Sama-samalah kita memikirkannya...FIKIR-FIKIRKAN, RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL!!!
Thursday, August 13, 2009
~DIRIKU BANYAK DOSA YA ALLAH~
Wednesday, August 12, 2009
*KEMANISAN BERJUANG*
Wednesday, August 5, 2009
KEPIMPINAN : SATU MUHASABAH
- Objektif Islam untuk di amalkan dalam kehidupan, membangunkan Islam sebagai cara hidup yang komprehensif.
- Memelihara tujuan dan medan gerakan dengan semua konsekunsinya tanpa melupakan satu dari aspeknya. Islam adalah satu kesatuan yang memiliki berbagai dimensi yang saling menyempurnakan, tanpa ada pemisahan.
- Aspek tarbiyah ahli yang perlu dijaga, kerana ia adalah satu asas keutuhan, tanpanya tidak dapat mewujudkan generasi penerus pewaris dan pendukung kerja-kerja amal.
- Pendidikan buat generasi umat islam, jangan di sibukkan dengan kegiatan yang melalaikan seperti lumba kereta, lumba suara dan kecantikan.
- Memberi penekanan khusus buat wanita dan remaja, target jangka masa panjang dan pendek.
- Mendampingi ahli ilmu agar mendapat pengetahuan yang jelas terhadap sesuatu isu, contohnya untuk pembangunan rumah, berapa bilik yang perlu ada. Ini di namakan keperluan asas.
- Menjalankan tanggungjawab dakwah kepada berbagai bangsa. Dahulunya contohnya PERKIM di tubuhka untuk target jangka masa pangjang agar golongan bukan islam memahami islam dan bukan memusuhinya.
- Menyedarkan umat islam kepentingan berurusniaga. agar dimulia dan tidak selama-lamanya bergantung kepada dana kerajaan.
- Semasa memikul tanggungjawab ini hendaklah menyusun satu plan yang dapat menyelesaikan masalah. Ini mencakupi kajian terhadap masalah, tujuan, tahap, jalan penyelesaian, kemungkinan-kemungkinan yang berlaku.
- Memilih pembantu yang dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
- Hendaklah menyusun waktu dan urusannya dengan efficient.
- Mengemukakan satu pendapat sahaja berkaitan syariat Islam dalam masalah furu'iyyah yang ada padanya khilafiyyah. Pada hari ini kita ada badan yang bertanggungjawab mengeluarkan fatwa seperti JAKIM, perlu kita merujuknya.
- Membahagikan masa dengan baik dalam urusan keluarga, pentadbiran dan aktiviti kemasyarakatannya.
- Elakkan konflik dengan pangdangan orang lain selagi dapat di elakkan.
- Jika merasakan tanggungjawab itu dapat dilaksanakan oleh orang lain degan cara yang lebih baik, maka hendaklah di serahkan kepimpinan itu kepadanya.
- Mengambil pendekatan komunikasi dengan cara yang paling mudah.
- Berusaha meningkatkan ilmu diri ke kursus jangka pendek, bergaul dengan ahli ilmu, menghadiri kelas agama dan sebagainya.