Thursday, August 13, 2009

~DIRIKU BANYAK DOSA YA ALLAH~

~Bismillahirohmanirohin~
Salam Takziah buat keluarga Allahyarham Muhamad Asri Bin Ibrahim. Rasa tersentak bila mendapat berita daripada sahabat serumah yang mengatakan Ustaz Asri kumpulan Rabbani meninggal duia pagi tadi. Innalillahiwainnahilaihirojiuun...Semoga Allah menempatkan arwah bersama-sama dengan orang yang beriman. Pada pagi khamis yang mulia lagi indah dan damai ini, seorang hamba Allah telah pergi lebih awal untuk mengadap ilahi, untuk diri ini tidak lama lagi akan di jemput oleh Allah SWT jua...
Pada petang khamis, seperti biasa rutinku adalah rempit dengan menaiki kuda hijau gagah perkasa menuju ke Tangjung Aru untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Mendarat di Tangjung Aru tepat jam 2.50 minit petang(Alhamduillah selamat), terus bergegas menuju ke lif naik ke tingkat 6.
Hari ni, mood untuk membebel pada Amirah hilang. Aku tidak dapat mengenalpasti apa pucanya, mungkin masih memikirkan ujian yang di terima seawal subuh tadi lagi. Sampai sekarang masih tertanya-tanya apa puncanya benda ni boleh berlaku. Jadi, kesimpulanya aku biarkan sahaja Amirah buat latihan Sains sampai habis. Kesian Amirah naik boring budak tu di buatnya. Kesan dari dosa kakaknya, adiknya plak yang jadi mangsa hu3...
Ya Allah,Permudahkan urusanku,
Demi redha dan keampunanMu semata-mata Ya Allah,
Hidupkan aku dengan Iman,
Matikan aku dengan Iman,
Masukkan aku ke syurga dengan Iman,
Ya AllahAmpuni aku Ya Allah,
Kurniakan kebaikan kepada ku
Jauhkan aku dari kemurkaanMu dan keburukan duniaYa Allah...
Ameen Ya Rabbal A'lameen...

No comments: