Wednesday, August 5, 2009

KEPIMPINAN : SATU MUHASABAH

Bismillahirohmanirohim...
Salam Pertemuan kembali di alam maya...sedikit catatan yang di taip balik setelah membaca artikel di Majalah Wanita Islam iaitu Muslimah. Perkongsian bersama iaitu tentang tanggungjawab kepimpinan yang di wahyukan kepada para Nabi dan Rasul seperti yang dijelaskan oleh al-Syeikh Mustafa Masyhur dalam al-Qiyadah wal-Jundiyyah adalah seperti berikut:

  1. Objektif Islam untuk di amalkan dalam kehidupan, membangunkan Islam sebagai cara hidup yang komprehensif.
  2. Memelihara tujuan dan medan gerakan dengan semua konsekunsinya tanpa melupakan satu dari aspeknya. Islam adalah satu kesatuan yang memiliki berbagai dimensi yang saling menyempurnakan, tanpa ada pemisahan.
  3. Aspek tarbiyah ahli yang perlu dijaga, kerana ia adalah satu asas keutuhan, tanpanya tidak dapat mewujudkan generasi penerus pewaris dan pendukung kerja-kerja amal.
  4. Pendidikan buat generasi umat islam, jangan di sibukkan dengan kegiatan yang melalaikan seperti lumba kereta, lumba suara dan kecantikan.
  5. Memberi penekanan khusus buat wanita dan remaja, target jangka masa panjang dan pendek.
  6. Mendampingi ahli ilmu agar mendapat pengetahuan yang jelas terhadap sesuatu isu, contohnya untuk pembangunan rumah, berapa bilik yang perlu ada. Ini di namakan keperluan asas.
  7. Menjalankan tanggungjawab dakwah kepada berbagai bangsa. Dahulunya contohnya PERKIM di tubuhka untuk target jangka masa pangjang agar golongan bukan islam memahami islam dan bukan memusuhinya.
  8. Menyedarkan umat islam kepentingan berurusniaga. agar dimulia dan tidak selama-lamanya bergantung kepada dana kerajaan.
  9. Semasa memikul tanggungjawab ini hendaklah menyusun satu plan yang dapat menyelesaikan masalah. Ini mencakupi kajian terhadap masalah, tujuan, tahap, jalan penyelesaian, kemungkinan-kemungkinan yang berlaku.
  10. Memilih pembantu yang dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
  11. Hendaklah menyusun waktu dan urusannya dengan efficient.
  12. Mengemukakan satu pendapat sahaja berkaitan syariat Islam dalam masalah furu'iyyah yang ada padanya khilafiyyah. Pada hari ini kita ada badan yang bertanggungjawab mengeluarkan fatwa seperti JAKIM, perlu kita merujuknya.
  13. Membahagikan masa dengan baik dalam urusan keluarga, pentadbiran dan aktiviti kemasyarakatannya.
  14. Elakkan konflik dengan pangdangan orang lain selagi dapat di elakkan.
  15. Jika merasakan tanggungjawab itu dapat dilaksanakan oleh orang lain degan cara yang lebih baik, maka hendaklah di serahkan kepimpinan itu kepadanya.
  16. Mengambil pendekatan komunikasi dengan cara yang paling mudah.
  17. Berusaha meningkatkan ilmu diri ke kursus jangka pendek, bergaul dengan ahli ilmu, menghadiri kelas agama dan sebagainya.

No comments: